Thursday, November 19, 2009

Setiap Detik Itu


Hari berlalu begitu cepat sampai kita tak sedar kita dah berada di penghujungnya...
dari bulan Julai 2007 sehingga la sekarang, tidak sama sekali aku menyangka bahawa sesi pembelajaran aku kat USM ni hampir menemui penghujungnya..sem ni dah pun nak habis...esok dah pun nak balik...dan tinggal sem depan saja masa2 akan dihabiskan dekat USM ni...dan selepas itu,aku pasti masing2 akan membawa haluan masing2...sama ada yang rapat dengan kita,mahupun yang tak berapa rapat dengan kita...

okes!aku nak menceritakan beberapa pengalaman sepanjang berada kat USM ni dan sepanjang menjadi seorang pelajar universiti yang aku ingat jela..(wah ayat tak boleh blah)...

First Year
(best things)
1-ditakdirkan dengan rumet yang sekepala dengan aku..sangat best,dan sampai sekarang dia masih sekepala dengan aku dan dia merupakan teman yang paling aku sayang sampai sekarang..dan dia seorang yang amat2 memahami aku..
2-ditakdirkan bertemu pulak dengan seorang lagi kawan yang kepala hotaknya sama gak dengan aku walaupun dia agak cerewet sikit dari aku...masih rapat sampai sekarang walaupun selalu bergaduh..heheee..of course i love him even though he was annoying person..hahahha
3-sem yang kedua lak ditemukan lah pulak dengan mamat berhidung mancung ala2 pakistan masa tengok DUYONG...mula merapati aku sebab nak menggoda aku...hahhaa...sangat2 gentleman dan sangat2 tak kesah orangnya..kekekeke
4-best suprise dari rumet aku mase tu untuk birthday aku yang ke21 masa tu..sangat2 terharu dan thanks a lot dear...
5-disebabkan kes orang minyak,kitorang satu penduduk H22 ni rapat..ada hikmahnya

(bad things)
1-kena pukau dan rompak masa sem 2...
2-duit tak berapa nak cukup sebab loan ptptn tolak RM15oo bulat2..mane ckp dowh
3-kes orang minyak

Second Year
(best things)
1-masa praktikal bertemu pula dengan kawan2 yang sangat best dan sangat2 tak luput dari ingatan..

(bad things)
1-duit banyak pakai sebab praktikal
2-banyak terasa hati dengan kawan2
3-dah tak rumet dengan my best damn rumet masa first year

Third Year
(best things)
1-suprise from my close friend..that was first time dia buat aku sangat2 terharu and agak rasa macam nak nangis tapi terpaksa control2 tak nangis waktu tu..
2-budak2 time praktikal datang penang..how sweet!

(bad things)
1-laptop kesayanganku kojol
2-duit banyak habis
3-FYP direject berkali2
4-trouble in friendship
5-dicampak jauh dari my soulmate friend..hukhuhkhuk

p/s: sebenarnya banyak yang aku tak ingat..sama ada yang baik mahupun yang buruk..anyway..apa pun yang terjadi, ada sebab musababnya...yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari aku..then,sem depan last year aku kat USM...hopefully urusanku dipermudahkan olehNYA...dan aku sangat2 mengharap yang hubungan aku dengan mereka,mereka dan mereka berjalan dengan baik...dan aku berharap segala kenangan kita bersama akan menjadi kisah klasik untuk masa depan..yang boleh diceritakan kat anak2, cucu-cicit dan segala macam..anyway THANKS coz being my friends...I LOVE YOU
Sukahati :)

1 comment:

mazhad said...

highlite part crita kat anak2.huhu...amboinya...n bgsla ambek semua yg terjadi mcm 2.da~