Friday, June 28, 2013

Super Seven

Assalamualaikom semua :)

Sudah lama tak post new entry! Busy anda tak sempat tapi alhamdulillah harini dapat jugak post! Salam jumaat yang penuh barakah untuk semua.

Kenapa dengan angka 7? Sebenarnya nak cerita something yang terjadi beberapa hari lepas. Beberapa hari lepas aku ada kerja di oustation iaitu di Pahang, apa yang menariknya di Pahang ni , aku dengan rakanku besama-sama acapkali terserempak dengan nombor plat kereta 7777. Lebih kurang tiga kali kami jumpa no plat 7777 dengan kereta yang berbeza.

Dan kemudian, bila pulang ke rumah, naik tingkat rumah aku, tingkat 13 , masa nak hampir sampai ke tingkat 13, tiba-tiba no 7 pada lift menyala. Dan pada ketika itu aku macam terdetik, kenapa banyak kali jumpa no 7 ni?? Macam ada sesuatu yang cuba ditunjukkan je. Wallahualam.

Esok harinya pula, ada seorang rakanku memiliki duit RM10 yang no siri dia 9777776. 7 lagi???Kenapa dengan nombor 7 ni?? Bulan depan bulan 7 jugak. Hanya Allah je tau kenapa dengan no 7 ni. Takpe, kita tengok apa yang berlaku nanti.


Istimewa angka 7 menurut Islam

Dari sudut Agama Islam, Alfatihah, penghulu segala surah terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah. Surah Alfatihah merupakan surah wajib yang menjadi bacaan rukun dalam solat. Tak sah solat kalau tak baca fatihah. Rukun Solat yang ke 7 pula ialah Sujud. Untuk Sujud menjadi sah, 7 dari anggota badan mesti turut mencecah bumi ketika Sujud. Anggota tersebut ialah Muka termasuk Dahi & Hidung, Dua Perut Tapak Tangan, Dua Lutut dan Perut Ibu Jari bagi kedua kaki. Solat diperintahkan untuk dilaksanakan apabila kanak2 mencapai umur 7 tahun. Ada 7 takbir dalam rakaat pertama Sembahyang Raya. Dalam AlQuraan ada 7 Surah yang Panjang selebihnya adalah sederhana dan pendek. Ayat Qiamat dalam AlQuraan disebut 77 kali bagitu juga dengan kalimat Jahanam disebut 77 kali. Ada 7 jenis air yang boleh digunakan untuk mengambil air sembahyang seperti Air Hujan, Air Telaga, Air Sungai, Air Laut, Air Matair, Air Embun dan Air Salji yang cair. Pengerjaan Ibadat Haji seperti Saei, Melontar di Jamrah, Tawaf semuanya dilakukan ber 7 kali. Ada 7 jenis Syurga dan 7 jenis Neraka.


Istimewa angka 7 menurut tafsiran Dunia

Dalam kehidupan seharian pula kita sering mendengar keistimewaan angka 7. Ada 7 hari dalam seminggu. Ada 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi. Ada 7 benua dan 7 lautan didunia ini. Ada 7 warna dalam warna2 Pelangi. Antarabangsa mengiktiraf penggunaan ungkapan 7 keajaiban Dunia atau "7 wonders of the world". Computer menggunakan angka 7 seperti Window 7. (Kenapa tak digunakan Window 3, 5, 1 atau lain2 angka- Wallahualam). Perisik Pintar dalam filem Inggeris mengunakan ajen 007.  Disudut perubatan tradisional juga mengiktiraf angka 7 seperti Mandi 7 jenis bunga, 7 jenis air perigi, 7 jenis air kolah,  Sumpahan Sial 7 keturunan.

petikan dari blog yang aku search pasal keistimewaan no 7.


Tak kisah apa pun yang berlaku, yang berlaku mesti ada reason! Apa-apa pun mari kita lakukan yang terbaik hari demi hari, waktu demi waktu! Come on guyz! Make Things Happen :)

p/s : aku memang suka nombor 5 dan 7!
Sukahati :)

Thursday, June 13, 2013

Fikir-fikirkan :)



Assalamualaikom...

Hye, sudah pasti anda ternanti-nanti entry aku kali ini bukan? hehe. Thanks kerana sudi menjadi pembaca yang setia. Nampaknya entry aku semakin hot bila mana ada segolongan anonymous yang sudi komen! Maaflah, jika bahasanya agak kasar aku terpaksa simpan dalam kotak peti, yelah bahaya anak-anak kecil membaca. Hehe! Btw thanks for the compliment :)

Okay, harini aku nak mengulas sikit tentang sikap orang Melayu yang bercakap tapi tidak melakukan! Or dalam bahasa omputehnya 'talk more, action less' . Aku nak mengulas sedikit tentang mereka yang suka mempermainkan agama dalam setiap urusan. Kadang-kadang agak pelik, setiap benda nak kaitkan dengan agama, hukum halal haram terutama setiap apa yang berlaku dalam perniagaan. Mungkin mereka ini tidak begitu memahami konsep perniagaan yang sebenar lalu memprejudge bahawa konsep itu haram.

Bukan apa, kadang-kadang sesetengah masyarakat melayu ni sangat skeptikal tentang beberapa isu, contoh hutang, perniagaan berkonsepkan MLM, dan sebagainya. Okay kat sini aku ade beberapa entry yang korang boleh baca sedikit beberapa petikan :


  1. Dalam Islam berhutang memang diharuskan. Islam memberi galakan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Adalah menjadi tanggungjawab orang yang berhutang untuk menjelaskan hutangnya pada tempoh masa yang ditetapkan. Contoh terbaik bagi menjelaskan hutang adalah seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w. sendiri ketika berhutang. Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata Rasulullah s.a.w pernah berhutang seekor unta kemudian Baginda membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda, maksudnya: “ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya.”

    Ulasan :
    Mengikut pemahaman aku, bila kita berniaga yes memang kita akan berhutang. Dalam konsep Islam tak salah berhutang cuma yang salahnya jika kita tidak membayar hutang tersebut. Ramai orang menyangkakan berhutang tidak baik, walhal Rasulullah dulu pun berhutang seekor unta untuk memulakan perniagaannya. Bagaimana nak membayar hutang? Dari perniagaan yang kita lakukan la. Oleh sebab itu kita berniaga, kerana apa ramai mereka yang berhutang dan tak boleh bayar, adalah disebabkan mereka tidak menjalankan perniagaan itu sebaik-baiknya. Hidup jangan nak salahkan perniagaan yang anda penah involve. Bukan salah perniagaan tapi salah anda sendiri yang malas nak bekerja keras dan sentiasa ada alasan dan bodoh sombong nak belajar dengan orang yang berjaya. Lebih bagus berhutang untuk berniaga dari berhutang untuk sara anak or suami or isteri kita. Kalau kita berhutang untuk diri sendiri kita hanya melibatkan diri kita, tapi jika berhutang melibatkan anak or suami/isteri bagaimana?Fikir-fikirkan :)

  2.       Kesalahan Memahami Rezeki
    Banyak sekali orang yang menyangka bahwa mereka sendirilah yang memberikan rezeki untuk dirinya dikarenakan pekerjaan yang mereka lakukan selama ini. Misalnya ada seorang karyawan swasta yang memperoleh uang ketika dia telah memeras tenaganya. Dia menyangka bahwa dia sendirilah yang mendatangkan rezeki kepada dirinya sendiri. Dan tatkala orang tersebut mendapatkan kenaikan gaji karena bekerja dengan giat atau karena memang berusaha memperoleh kenaikan gaji. Dia pun menyangka behwa dia sendirilah yang mendatangkan rezeki tersebut. Ada lagi seorang pedagang yang memperoleh keuntungan dari usahanya menyangka pula bahwa dialah yang mendatangkan rezeki untuk dirinya sendiri. Sama juga dengan tukang ojek yang telah mengantarkan penumpang lalu dia mendapatkan upah dari penumpang tersebut, menyangka bahwa dia sendiri yang memberikan rezeki kepada dirinya, dan masih banyak lagi hal yang serupa dengan keadaan tadi. Banyak orang menyangka demikian karena mereka belum memahami hakikat dari “ keadaan “ (usaha) yang dapat mendatangkan padanya rezeki. Sehingga menyangka bahwa usaha merekalah yang menjadi sebab datangnya rezeki.

    Ulasan :

    Rezeki datangnya dari Allah, kita tak berhak judge sama ada rezeki itu halal atau haram. Jika kita nak selidik sesuatu benda haram atau halal, entah-entah rezeki yang kita ada tu haram jugak, contoh kita buat design untuk sesuatu company , and company kita tu sponsor arak setiap kali event, adakah rezeki anda tu halal atau haram?Jawab jawab :) . Apa hak kita nak cakap rezeki kita haram atau halal? Kita mengutuk rezeki orang lain haram pun dah jatuh hukum dosa , apatah lagi kita menyebarkannya kepada ramai orang rezeki yang orang lain lakukan ini adalah haram. Allah yang berhak menentukan rezeki kita halal atau pun haram. Bukan hak kita nak memprejudiskan halal atau pun haram. Rezeki yang kita miliki tu jangan lah nak tafsirkan sebagai 'hasil usaha aku sendiri' . Walhal rezeki yang kita miliki bukan hasil usaha kita je, mungkin bantuan orang lain jugak. So appreciate that! :)


    Oleh kerana itu, jangan nak menjadikan agama sebagai satu alasan untuk diri kita yang sememangnya malas untuk berusaha. Kalau nak bagi alasan agama sekalipun cuba lihat ibadah anda, sudah cukup kah? Aku tak kata aku perfect tapi atleast bila perlu solat kita pergi solat, bukan alasan 'aku ingatkan takde surau kat kawasan ni' . Siapa makan sambal belacan dialah kena resdungnya! haha

    So tak kesah perniagaan apa yang kita lakukan asalkan tidak berniat untuk menipu orang, sudah pasti ianya halal disisi agama Islam. Jika benar One Community Worldwide menipu anda di luar sana, sila jelaskan bukti yang kami menipu. Zaman sekarang bukti di atas kertas lebih sahih dari bukti dari kata-kata dari mulut anda sendiri. Tak guna bercakap dalam laman sosial or blog tentang kami menipu jika anda tiada bukti yang mengatakan kami menipu. Ingatlah Allah di pihak yang benar. Bukan lah terlalu taksub, tetapi kesian dengan mereka yang tiada keje lain, yang hanya adalah menyebarkan fitnah! Life is short. 
p/s : Dunia akhir zaman, banyak perang siber. Nauzubillah!








Sukahati :)

Wednesday, June 12, 2013

Sedar diri ke?



Assalamualaikom..

Hye semua! Apa khabar anda semua hari ni? Baik sangat baik woww tak? hehe. Ternyata harini cuaca amatlah baik, akan tetapi musim demam memang banyak melanda sejak akhir-akhir ini. So diharap anda menjaga kesihatan anda ok?

Okay, harini aku nak bercakap mengenai satu pepatah iaitu 'bagai kera makan cili' (pepatah ini aku sendiri yang reka, hehe). Kerana apa pepatah itu diutarakan , kerana ada beberapa pihak di luar sana sudah panas pungkoq dengan blog-blog yang sedang meningkat rating bacaannya ni, antara blog tersebut adalah blog nasreeq, kak eiju, eija, nadzmi, cha, kak eira, ammar, rauf, shamin, izzah , dan juga kak elly .

Yes, ini adalah suara sebenar dari One Community Worldwide- Belia Sedar. Kami lebih berpengalaman jauh dari anda yang diluar sana yang sedang panas pungkoq melihat entry-entry kami. Kenapa perlu takut kalau tak buat salah? Kenapa perlu menggelabah meroyan menyeru kepada penduduk kampung-kampung anda untuk mengelike page anda yang tak seberapa tu? Takut termasuk dalam kubur yang digali sendiri ke?Ke anda takut RAHSIA SEBENAR diri anda terbongkar? Kadang-kadang best jadi orang yang sentiasa ada orang luar nak update tentang kita, macam artis uols. Tapi tula , Allah di pihak yang benar. Betul lah kata-kata dari sifu aku, manusia suka membuat keputusan bedasarkan emosi mereka dan akhirnya akan ada ramai yang tahu mana satu betul mana satu salah.

Kat sini aku bukan lah nak mengangkat sangat cerita-cerita yang tak berapa penting ni , cuma nak mengingatkan kepada semua orang termasuk diri aku sendiri bahawa kebenaran pasti akan terjawab. Jika tidak di dunia, di akhirat kelak pun ada jawaban di setiap perbuatan kita di dunia ini. Kalaulah tiga tahun lepas aku tidak ambil peluang yang ada di One Community Worldwide, sudah tentu aku pun tak belajar bagaimana mahu membuat keputusan bedasarkan akal dan fikiran bukan emosi.

Setiap apa yang kita lakukan , hendaklah kita berfikir apa yang akan terjadi jika kita biarkan keadaan itu dikawal oleh emosi kita. Sebab tu jika kita tengok pada zaman sekarang, banyak kes bunuh diri, gaduh sesama sendiri, peperangan dan sebagainya, semuanya berkaitan dengan emosi yang membuak-buak dan pemikiran yang tak waras. Allah tu kurniakan kita akal fikiran yang seharusnya kita guna dengan sebaik mungkin.

Anda kata anda ada hak untuk memilih? Yess, betul tapi adakah pilihan anda tu tepat atau tidak? Andaikata la pilihan anda betul, kenapa sampai sekarang pun anda tiada apa-apa kejayaan pun? Makin menyusahkan mak ayah sebab bila takde duit mintak mereka, dan makin menambahkan dosa ayah anda semua kerana sikap anda yang tak mahu berubah-ubah.

p/s : Last but not least dari aku, yess kata-kata aku memang tajam dan pedas, tapi andaikata kenyataan itu terkena kepada anda, tahniah la, bukan semua orang tepat sasaran dengan panahan kata-kata aku. hehe. Fikirlah, sampai bila nak hidup bergelumang dengan fitnah anda tu. Sekiann........ Keep Positive :)



Sukahati :)

Tuesday, June 11, 2013

Nauzubillah, Istighfar banyak-banyak :)



Assalamualaikum...

Hye semua, mesti anda ternanti-nanti entry aku yang sekian lama tidak di post kan? Hehe. Apa-apa pun tahniah kepada semua partner-partner di One Community Worldwide-Belia Sedar yang berjaya pergi trip ke private pangkor island and pulang ke KL dengan semangatnya! Aku harapkan semua partner apply apa yang anda semua belajar di sana. InsyaAllah kita boleh meletop-letop bulan ni!

Cukup sudah cerita pasal private pulau pangkor, kerana aku rasa ramai yang memang sudah sedia tahu private pulau pangkor tu antara the best island selain clubmed. Cuma apa yang aku nak ceritakan adalah selepas aku pulang ke KL, aku di datangi oleh seorang partner and menceritakan suatu cerita yang aku dah jangka selama ni tapi tak sangka orang lain pun dapat tahu. Its all about KARMA.

Sejak aku join One Community Worldwide kan, aku selalu di ajar tidak memburukkan orang lain, di ajar untuk learn to let go, forgive and forget kepada sesiapa saja yang menghina dan memfitnah kita kat luar. Aku di ajar untuk tidak mengaibkan mana-mana pihak sebab bila kita buka aib orang lain, Allah akan buka aib kita. Tapi tak sangka benda tu terjadi semalam.

Syukur alhamdulilah , Allah Maha Adil, aku tak pernah mendoakan benda tak baik yang berlaku kepada agen penyebar fitnah kami di One Community Worldwide tapi balasan tu mereka tetap terima. Nampak tak sekarang? Allah bayar cash je sekarang. Sedikit demi sedikit Allah akan buka aib mereka yang memfitnah kami di One Community Worldwide. Kadang-kadang kesian, tapi tula, kita pun takde kuasa nak menutup segala aib anda.

Ingatlah ye wahai agen penyebar fitnah, aku anak yatim, dosa orang memfitnah anak yatim ni lagi tinggi dari memfitnah orang-orang biasa. Dan mostly orang yang kau fitnah dalam One Community Worldwide-Belia Sedar ni semua orang yang banyak tolong orang, banyak selamatkan nyawa orang, banyak yang memberi harapan untuk hidup kepada orang lain, banyak kebaikan yang mereka buat. Bila kita niat baik, Allah akan lindung kita dari anasir-anasir jahat. Bila kita niat tak baik tu yang sikit demi sikit RAHSIA terbongkar. Ingatlah hidup di dunia bukan sekadar di dunia je, Kita hidup untuk akhirat jugak. Maybe di dunia agen-agen fitnah ni terlepas dari seksaan dunia, tapi jangan lupa, kat akhirat kelak sezarah dosa pun akan di hisab. Nauzubillah!

Apa-apa pun aku bersyukur, di One Community Worldwide ni mengajar aku menjadi orang yang lebih baik dari dulu. Mengajar kita mendekati dengan Allah dengan lebih dekat. Aku bukan orang yang mahir bab agama, tapi alhamdulillah Allah letakkan aku di tempat yang mana ramai orang yang pandai dalam bidang agama. Takut dengan azab Allah, marilah kita sama-sama beristighfar banyak-banyak.

p/s : Betul lah pepatah orang tua , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali :)
Sukahati :)

Sunday, June 9, 2013

Impian aku adalah permanent

Assalamualaikom...
Hye! How you guyz feeling rite now???maaf harini agak lewat update blog sebab aku dan beberapa rakan lain berada di private pangkor island!!!! Ni kali ketiga aku menjejakkan kaki di sini tapi kali ni berbeza sebab aku angkut sekali lebih kurang 11 orang team aku , so a good improvement dari trip lepas tapi its not enough yet.

Harini aktiviti banyak free and easy tapi yang bestnya bila aktiviti malam ni. Harini lebih kepada back to basic cakap pasal why aku berada dalam One Community Worldwide- Belia Sedar ni serta apa impian.

Yess, bila kita bercakap pasal impian, setiap manusia pun ada impian. Sejak aku kecil, aku memang suka berangan, aku suka berangan jadi kaya, banyak duit, rumah besar-besar, kereta besar. Bila dah besar sikit aku suka tengok rancangan-rancangan dokumentari yang mengisahkan orang-orang kaya, macam artis la, fashion designer la. Memang dari dulu aku suka tengok rancangan camtu. Aku suka tengok orang banyak duit and boleh buat apa saje mereka suka.

Dulu mungkin aku sekadar suka melihat orang lain je memiliki wardrob barang-barang branded, koleksi kereta-kereta mahal. Tapi impian tu makin hampir sejak aku berada di One Community Worldwide ni. Memang ramai orang tak percaya bahawa platform di sini boleh drive kita ke sana, tapi aku percaya BOLEH!

Dan daripada apa yang aku dapat tadi tentang impian permanant and impian temporary. Ramai orang ada impian tapi impian mereka banyak yang temporary. Ini terjadi kerana ramai yang tidak percaya mereka boleh jadi sebegitu rupa. Mungkin kerana kawan-kawan kondem , atau ibu bapa tak percaya. Tapi its all about yourself. You yang mengdrivekan impian you di mana. Bagi aku di sini adalah kereta aku untuk mencapai apa yang aku nak dalam hidup ni. Taknak ke one day boleh book satu shopping complex barang branded and you sorang je ada dalam shopping complex tu sorang-sorang and shopping all out?? Aku nakkkkkk!  sebab siti nurhaliza pernah buat camtu, so kalau siti boleh why not me??? Mesti boleh!

Aku akan jadikan impian aku permanent! Tak kisah orang percaya atau tidak, i will make it happen!! Jom semua!!! So pesanan kepada semua orang yang baca teruskan impian anda dan berusaha ke arah impian anda! As long as kita clear kita pasti boleh buat!!

P/s : Dont talk to much, act for it! Nothing can stop you and you must find the best platform to achieve your dream! I believe in my and others way, so do you?
Sukahati :)

Friday, June 7, 2013

Better Things are coming!



Assalamualaikom...

Hye apa khabar anda semua hari ini? Harini agak buzy sedikit kerana sedang mencari persiapan hawaiii untuk ke private pulau pangkor esok. Baju lama bukan tak boleh pakai tapi keadaan badan tidak mengizinkan. Jangan salahkan badan, salahkan faktor permakanan yang semakin berleluasa sekarang. Hehe takdelah gurau je :).

Okay entry harini aku nak cakap pasal 'your time will come' . Kenapa aku letak gambar farys, iyma and rizal di atas? Ada kisahnya, aku nak cerita sikit pengalaman aku beberapa tahun di One Community Worldwide-Belia Sedar. Dulu kan , masa mula-mula aku involve dengan perniagaan di sini, macam-macam cabaran yang aku tempuh untuk mengadakan satu kumpulan yang betul-betul komited dalam perjuangan. Ada yang tak dengar cakap, ada yang degil, ada yang melawan, ada yang maki aku balik, ada yang t-down aku sendiri. Tapi kan df nasreeq pernah cakap 'orang yang sabar dan berusaha , pasti akan ada ganjarannya'.

Bila ketika itu kan aku nampak df eiju dari berseorangan sehingga ada rangkaian kumpulan yang terbesar di One Community Worldwide, aku mula percaya 'yess , aku tak ikot orang yang salah' . Aku terfikir, kami mempunyai cikgu yang sama, kalau df eiju boleh buat kenapa tidak aku? Thats why kan, aku letakkan trust itu kepada semua orang bahawa rangkaian kita akan besar.

Dan bila aku ditemukan dengan seseorang , dan orang itu menjadi pintu kepada aku untuk bertemu dengan farys dan iyma , aku mula merasakan sesuatu. Pada ketika itu instinct aku mengatakan mereka boleh pergi jauh. Walhal , aku tak kenal mereka ni. Tapi time by time aku mula mengenali mereka dan akhirnya mereka bersama-sama aku untuk berjuang dalam revolusi ini. Mereka sudah hampir dua tahun setia berjuang bersama-sama aku sehingga aku teringat satu daripada ayat df nasreeq 'one day teha, kau mesti jumpe orang yang betul'. Alhamdulillah dari kata-kata df nasreeq tu yang membuatkan aku ada dua orang insan ni yang betul-betul setia ikot aku.

Dan kemudian lahirlah seorang insan lagi bernama rizal, walaupun dia masih baru bersama aku, aku sangat kagum dengan komitednya beliau yang sanggup turun dari sarawak semata-mata mahu bersama-sama kumpulan aku untuk berjuang menaikkan nama kumpulan kami. Df Nasreeq yang menjadi pintu untuk aku bertemu dengan rizal, thanks a lot!

Mereka bertigalah yang betul-betul menjadi semangat aku untuk memperjuangkan apa yang kita juangkan. Tanggungjawab belum selesai, masih besar lagi tanggungjawab untuk buat mereka semua berjaya termasuk dengan ahli-ahli kumpulan aku yang lain. Memang mereka juga degil, tak dengar cakap. Tapi bila aku teringat df eija punye ayat 'merekalah penawar duka, penawar suka' , hilang rasa nak marah. Thanks eija!

So kesimpulan yang aku nak cakap kepada warga One Community Worldwide-Belia Sedar, masa anda akan tiba, one day anda akan jumpa the right person. One day anda akan ada satu kumpulan yang setia ikut anda walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang ada. Selagi kita berusaha dan berdoa, insyaAllah Allah akan beri ganjaran tersebut terhadap kita. Jangan mudah berputus asa dengan diri sendiri, kerana cikgu kita pun tak pernah putus asa dengan kita. Yang paling penting sekali niat kena ikhlas, dan bantu lebih ramai orang jadi macam kita. Kalau kita yang seperti batu tar pun boleh jadi batu permata, kenapa tidak mereka?

Last but not least, keep on moving forward, make things happen and break the record! Come on, you guyz can do it!



p/s : Dont let others influence yourself to make decision! The power is in your hand! Lets do it :)


Sukahati :)