Friday, June 7, 2013

Better Things are coming!



Assalamualaikom...

Hye apa khabar anda semua hari ini? Harini agak buzy sedikit kerana sedang mencari persiapan hawaiii untuk ke private pulau pangkor esok. Baju lama bukan tak boleh pakai tapi keadaan badan tidak mengizinkan. Jangan salahkan badan, salahkan faktor permakanan yang semakin berleluasa sekarang. Hehe takdelah gurau je :).

Okay entry harini aku nak cakap pasal 'your time will come' . Kenapa aku letak gambar farys, iyma and rizal di atas? Ada kisahnya, aku nak cerita sikit pengalaman aku beberapa tahun di One Community Worldwide-Belia Sedar. Dulu kan , masa mula-mula aku involve dengan perniagaan di sini, macam-macam cabaran yang aku tempuh untuk mengadakan satu kumpulan yang betul-betul komited dalam perjuangan. Ada yang tak dengar cakap, ada yang degil, ada yang melawan, ada yang maki aku balik, ada yang t-down aku sendiri. Tapi kan df nasreeq pernah cakap 'orang yang sabar dan berusaha , pasti akan ada ganjarannya'.

Bila ketika itu kan aku nampak df eiju dari berseorangan sehingga ada rangkaian kumpulan yang terbesar di One Community Worldwide, aku mula percaya 'yess , aku tak ikot orang yang salah' . Aku terfikir, kami mempunyai cikgu yang sama, kalau df eiju boleh buat kenapa tidak aku? Thats why kan, aku letakkan trust itu kepada semua orang bahawa rangkaian kita akan besar.

Dan bila aku ditemukan dengan seseorang , dan orang itu menjadi pintu kepada aku untuk bertemu dengan farys dan iyma , aku mula merasakan sesuatu. Pada ketika itu instinct aku mengatakan mereka boleh pergi jauh. Walhal , aku tak kenal mereka ni. Tapi time by time aku mula mengenali mereka dan akhirnya mereka bersama-sama aku untuk berjuang dalam revolusi ini. Mereka sudah hampir dua tahun setia berjuang bersama-sama aku sehingga aku teringat satu daripada ayat df nasreeq 'one day teha, kau mesti jumpe orang yang betul'. Alhamdulillah dari kata-kata df nasreeq tu yang membuatkan aku ada dua orang insan ni yang betul-betul setia ikot aku.

Dan kemudian lahirlah seorang insan lagi bernama rizal, walaupun dia masih baru bersama aku, aku sangat kagum dengan komitednya beliau yang sanggup turun dari sarawak semata-mata mahu bersama-sama kumpulan aku untuk berjuang menaikkan nama kumpulan kami. Df Nasreeq yang menjadi pintu untuk aku bertemu dengan rizal, thanks a lot!

Mereka bertigalah yang betul-betul menjadi semangat aku untuk memperjuangkan apa yang kita juangkan. Tanggungjawab belum selesai, masih besar lagi tanggungjawab untuk buat mereka semua berjaya termasuk dengan ahli-ahli kumpulan aku yang lain. Memang mereka juga degil, tak dengar cakap. Tapi bila aku teringat df eija punye ayat 'merekalah penawar duka, penawar suka' , hilang rasa nak marah. Thanks eija!

So kesimpulan yang aku nak cakap kepada warga One Community Worldwide-Belia Sedar, masa anda akan tiba, one day anda akan jumpa the right person. One day anda akan ada satu kumpulan yang setia ikut anda walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang ada. Selagi kita berusaha dan berdoa, insyaAllah Allah akan beri ganjaran tersebut terhadap kita. Jangan mudah berputus asa dengan diri sendiri, kerana cikgu kita pun tak pernah putus asa dengan kita. Yang paling penting sekali niat kena ikhlas, dan bantu lebih ramai orang jadi macam kita. Kalau kita yang seperti batu tar pun boleh jadi batu permata, kenapa tidak mereka?

Last but not least, keep on moving forward, make things happen and break the record! Come on, you guyz can do it!



p/s : Dont let others influence yourself to make decision! The power is in your hand! Lets do it :)


Sukahati :)

4 comments:

Unknown said...

Sy slalu dgr ayat ni your time will come..pd mulanya x caya pun..sebab x nmpk kn..tp betul..

Syai'Ezal Ryzal said...

rizal mmg degill.... :P
siapa rizal siapa??? cntik kah dia? cmel kah dia? kacak kah dia?....

Nadzmi suhaimi said...

mana nama saya?

|Fatehah Zakaria| said...

Iswani : yess believe it and action ok :)
Rizal : taktau la sape, hehe
Nadzmi ok dh sebut nama, hihihii