Tuesday, June 11, 2013

Nauzubillah, Istighfar banyak-banyak :)



Assalamualaikum...

Hye semua, mesti anda ternanti-nanti entry aku yang sekian lama tidak di post kan? Hehe. Apa-apa pun tahniah kepada semua partner-partner di One Community Worldwide-Belia Sedar yang berjaya pergi trip ke private pangkor island and pulang ke KL dengan semangatnya! Aku harapkan semua partner apply apa yang anda semua belajar di sana. InsyaAllah kita boleh meletop-letop bulan ni!

Cukup sudah cerita pasal private pulau pangkor, kerana aku rasa ramai yang memang sudah sedia tahu private pulau pangkor tu antara the best island selain clubmed. Cuma apa yang aku nak ceritakan adalah selepas aku pulang ke KL, aku di datangi oleh seorang partner and menceritakan suatu cerita yang aku dah jangka selama ni tapi tak sangka orang lain pun dapat tahu. Its all about KARMA.

Sejak aku join One Community Worldwide kan, aku selalu di ajar tidak memburukkan orang lain, di ajar untuk learn to let go, forgive and forget kepada sesiapa saja yang menghina dan memfitnah kita kat luar. Aku di ajar untuk tidak mengaibkan mana-mana pihak sebab bila kita buka aib orang lain, Allah akan buka aib kita. Tapi tak sangka benda tu terjadi semalam.

Syukur alhamdulilah , Allah Maha Adil, aku tak pernah mendoakan benda tak baik yang berlaku kepada agen penyebar fitnah kami di One Community Worldwide tapi balasan tu mereka tetap terima. Nampak tak sekarang? Allah bayar cash je sekarang. Sedikit demi sedikit Allah akan buka aib mereka yang memfitnah kami di One Community Worldwide. Kadang-kadang kesian, tapi tula, kita pun takde kuasa nak menutup segala aib anda.

Ingatlah ye wahai agen penyebar fitnah, aku anak yatim, dosa orang memfitnah anak yatim ni lagi tinggi dari memfitnah orang-orang biasa. Dan mostly orang yang kau fitnah dalam One Community Worldwide-Belia Sedar ni semua orang yang banyak tolong orang, banyak selamatkan nyawa orang, banyak yang memberi harapan untuk hidup kepada orang lain, banyak kebaikan yang mereka buat. Bila kita niat baik, Allah akan lindung kita dari anasir-anasir jahat. Bila kita niat tak baik tu yang sikit demi sikit RAHSIA terbongkar. Ingatlah hidup di dunia bukan sekadar di dunia je, Kita hidup untuk akhirat jugak. Maybe di dunia agen-agen fitnah ni terlepas dari seksaan dunia, tapi jangan lupa, kat akhirat kelak sezarah dosa pun akan di hisab. Nauzubillah!

Apa-apa pun aku bersyukur, di One Community Worldwide ni mengajar aku menjadi orang yang lebih baik dari dulu. Mengajar kita mendekati dengan Allah dengan lebih dekat. Aku bukan orang yang mahir bab agama, tapi alhamdulillah Allah letakkan aku di tempat yang mana ramai orang yang pandai dalam bidang agama. Takut dengan azab Allah, marilah kita sama-sama beristighfar banyak-banyak.

p/s : Betul lah pepatah orang tua , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali :)
Sukahati :)

6 comments:

Unknown said...

Balasan Allah utk penyebar fitnah Allah bagi dkt dunia terus.. klu kat dunia da dapat balasan apatah lg di akhirat.. nauzubillah

|Fatehah Zakaria| said...

tulah, mari sama2 kita jadikan tauladan :)

TruEyeSpeaks said...

Kesian teha pompuan tue, kwn sendiri buka aib dia, nauzubillah... Kita berusaha la tutup blk aib dia, biar dia aibkan kita, kita bertindak sebaliknya sbb nnt insyaallah allah akan tutup aib kita di akhirat kelak...

Anonymous said...

Kebenaran akn terbongkar suatu masa..kejahatan akn terbongkar dgn sendirinye seperti korek lubang kubur sendiri dan tanam diri sendiri.insafla penyebar fitnah.takutla azab allah.bulan depan nk puasa dah.insafla n mintak ampun.dgn allah kite boleh mntak ampun.tp dgn manusia selagi xdimaafkn.amalan trgantung antara langit n bumi

|Fatehah Zakaria| said...

trueyespeaks : Betul! baikk, harap2 Allah permudahkan jalannya untuk bertaubat , aminnn

Nadzmi suhaimi said...

inilah karma, bukan karam!!!!!