Assalamualaikom...
Apa khabar semua? Diharap anda semua sihat harini . Walaupun cuaca berubah-ubah , kadang-kadang menganggu kesihatan, tapi hidup ni jangan selalu menyerah . Yeahh itu lah tajuk kita harini JANGAN MENYERAH.
Kenapa aku ingin menghighlightkan tajuk ni kerana pada zaman yang serba moden ini ramai manusia suka berserah dengan apa yang terjadi dalam hidup mereka. Pelik tapi benar. Ada yang sudah redha dengan keadaan hidup mereka. Kalau kita bercakap pasal kesihatan, ramai jugak orang yang menyerah diri menunggu mati walhal kita boleh berusaha untuk mencari penyembuhnya. Kenapa benda ini terjadi khususnya pada rakyat Malaysia? Kerana didikan ibu dan bapa sejak dari kecil dah diterapkan 'hidup biasa-biasa sudah la' atau 'kita tak mampu, dia mampu, jangan nak ikut orang' . Disebabkan mindset yang dah diterapkan dari kecil la menyebabkan ramai orang suka berserah dengan takdir yang ada. Setahu aku takdir boleh diubah melalui doa dan usaha.
Jangan menyerah jugak kita boleh tengok dari segi perjuangan. Ramai orang dekat luar cepat menyerah bila mana ada dugaan dan cabaran. Tahukah anda dugaan itu memang khas untuk anda. Hanya anda sahaja yang boleh tempuh dugaan sebegitu rupa. Allah tidak begitu kejam menguji hambanya dengan dugaan yang tak mampu ditempuh. Kenapa perlu menyerah dengan begitu cepat? Sedangkan kita tak tahu apa yang akan jadi di hadapan. Ingatlah, sebelum kita menyerah, berapa banyak langkah yang kita dah lalui. SABAR dan teruskan langkah.
Di One Community Worldwide-Belia Sedar, kami di sini diajar untuk tidak cepat mengalah dan menyerah. Dugaan macam mana pun, kita kena teruskan langkah kita kerana perjalanan masih jauh. Dan di sini juga kita ada kawan-kawan yang support kita untuk terus bangun dan teruskan perjalanan. Takde orang kat luar yang mampu bangun dari dugaan seorang diri, itulah untungnya di community kami ini. Kadang-kadang punca kami bertahan adalah sikap tidak putus asa orang sekeliling terhadap diri kita, betul tak?Tepuk dada tanya selera. I love to be here! So do you?? Jadi kepada mereka yang masih lagi ragu-ragu, jangan berprasangka sebelum anda masuk ke sangkar itu. Gotcha :)
p/s : Hidup umpama sebatang pokok , memerlukan akar, daun, buah untuk menjadikan pokok itu lebih cantik dari pokok biasa. Renung-renungkan dan selamat beramal :)
Sukahati :)
2 comments:
Terbaik!!
WOW PAKAR MOTIVASI HEBAT
Post a Comment