Saturday, May 1, 2010

Misi dan Visi

Tinggal beberapa hari lagi kaki aku melangkah keluar dari USM ni. Dan aku akan pulang ke kampong yang tercinta. Dan aku punya misi dan visi setibanya di kampong. Wah! Macam misi dan visi besar pulak kan. Antara2 nya adalah:

1-Aku mahu kembalikan masa tido aku dengan normal iaitu tido pukul 10 malam, dan bangun pukul 8 pagi. Aku akan cuba kembalikan kenormalan ketidoran aku ini. Yela kat USM ni tido tak menentu. Kadang2 tak tido langsung. Dasyat sungguh!

2-Aku mahu teruskan misi dan visi aku untuk menguruskan badan. Iya lah, kalo dah sampai rumah tu, komfum makan tak hengat dunia. Yela makan free kan. Hehhehe. Kalo kat USM ni makan pon berbayar, jadi kekadang tu berjimat jugak. Aku akan meneruskan misi aku untuk kurus. KURUS!

3-Aku mahu join kelas aerobik. Yuran bulanan cuma RM10 sahaja. Dan oleh sebab itu, aku mahu join kelas aerobik ini. Pastikan JOIN juga! Petang2 macam tu,takde lah buang masa kat rumah je kan. At least ada benda nak buat. Dan atleast aku dapat mensolid molid kan badan aku. Kan?

4-Komfum cuti2 kat rumah ni, aku akan menjadi suri rumah sepenuh masa. Masak, mengemas, basuh kain, sidai kain, lipat kain, cuci tandas. Yela,adik aku semua pemalas. So memang ayahku yang tercinta itu mengharapkan aku berada di rumah untuk menggantikan kerja2 arwah ibuku. Hehehehe. Wohoooo. Memang dah boleh kahwin ni. gagagaggagaga :)

5-Oleh kerana hidupku ditanggung sugar daddy ku (memang sangat2 manis), maka dengan itu aku rasa tak perlu keje kot. Hahhaha. Yelah, nak keje mana? Tapi tengoklah dulu cam mana. Sebab agak kebosanan jugak kan dok umah je.

Okay,buat masa ni, itu je misi dan visi aku ketika berada di kampong. Harap2 dipermudahkan urusanku oleh yang Maha Esa!Daaaaaaaaaaaaaa..
Sukahati :)

No comments: