Owh blogger!
Tiba2 pagi2 buta selepas menengok aksi argentina vs greece, aku mendapat satu topik untuk diperbincangkan dalam ni. Terpulang pada korang mahu menerima atau tidak!
Okay, kenapa manusia cepat melenting bila terima teguran? Aku rasa semua orang macam tu kot! Asal terima teguran je, mesti ada je benda akan dia jawab balik. Termasuk aku! Ya! Aku memang agak sukar nak menerima teguran. Actually, bukan lah semua teguran aku tak boleh terima. Kalau ada teguran yang tak menyakitkan hati tu, aku terima dengan hati terbuka. Tapi bila ada teguran yang mencabar kredibiliti aku sebagai seorang perempuan, itu yang buat aku kadang2 melenting tu. Selalunya, dari apa yang aku siasat (wah!macam CSI pulak dah!) selalunya, orang cepat melenting bila kita tegur dari segi fizikal. Contoh la, orang kritik cara kita bercakap. Orang cakap 'eh kau ni cakap cube lah sopan santun, cakap macam orang takde adab', ha, mesti korang akan melenting kan, mesti korang akan cakap 'aish!sukati aku la,dah diri aku cam ni,nak buat cam mana!'. Betul tak? Tak pun contoh macam ni 'kau pakai tudung,pastu pakai baju ketat2, baik tak payah bertudung', dan mesti korang akan jawab 'kau nak tegur aku,kau bagus sangat ke?'. Kan kan kan? Itulah maksud aku tadi, manusia pantang kena tegur, mesti nak melenting. Padahal pada hakikatnya, kita kena terima teguran dari sesiapa pun makhluk kat dunia ini! Tapi, mesti tak boleh kan? Mesti kita akan melenting jugak kan? Manusia memang akan melenting kalau dikritik! Aku tak percaya pun kalau dorang kata dorang akan bersikap profesional kalau orang bagi teguran! Paling tak pun, mesti korang melenting dalam hati kan? Kan kan kan?? Aku tau dah! Aku pun kuat melenting jugak! Jadi berjaga2 kalau nak beri teguran kat aku!Hahahaha
notakakikucing : depan orang yang lebih tinggi or tua or big boss bagi teguran,mesti kita senyap, padahal dalam hati 'fuck off bullshit'. Kan?
Sukahati :)
No comments:
Post a Comment