Thursday, July 1, 2010

Adakah Benar ?

Adakah benar mimpi itu lebih indah daripada realiti ? Bagi aku , aku rasa tafsiran tu agak tidak kena dan mengena , sebab ada je mimpi ngeri ! Adakah mimpi ngeri itu indah ? So kita tak boleh nak kata mimpi itu lebih indah dari kehidupan realiti . Bagi pendapat aku , aku rasa yang indah adalah angan angan ! Yeah ! Semua orang ada angan angan bukan ? Malah angan angan kau orang tak pernah yang buruk buruk kan ? Pernah ke korang berangan benda yang buruk tentang hidup korang ? Aku rasa tak . Kan ? So bagi pendapat aku angan angan atau berangan itu lebih indah . Aku berangan nak jadi kaya , nak pakai kereta besar besar , nak ada rumah besar besar , suami besar besar ! Ahaks ! Semua orang berangan benda yang indah indah ! Alangkah seronoknya kalau fahrin ahmad jadi laki aku . Haa, ini juga angan angan bukan ? Tengok , angan angan memang lebih indah dari kehidupan realiti ! Ada yang suka berangan sebelum tidur , ada pulak yang suka berangan semasa berak (aish ! jijik tau) . Padahal aku pun buat kadang kadang . Semua orang ada cara tersendiri untuk berangan kan ! dan yang pasti angan angan itu lebih indah dari hidup realitinya ! Masa kecik kecik , kita suka berangan , dah besar nanti aku nak jadi doktor la , cikgu la , wartawan la , polis dan sebagainya ! So , sebenarnya dari kecik minda kita telah diterapkan dengan angan angan . Angan angan ni sebenarnya bagus jugak untuk kita . Sebab , tanpa angan angan , kita takkan berusaha untuk mencapai apa yang kita angankan . Betol tak ? Boleh jadi jugak angan angan pun boleh jadi buruk . Sebab kadang kadang orang terlalu obses dengan angan angan dia sampai kadang kadang dia melanggar hukum yang tak patot dilanggarnya . Jadi apa yang penting sekarang , kalau nak angan angan itu jadi kenyataan , BERUSAHA je jawapan dia ! Jadi, bila kita BERUSAHA , kita BERDOA dan kita BERTAWAKAL seterusnya terserah pada ALLAH untuk menentukannya . Jadi , teruskan angan angan anda okay !

notakakikucing : aku suka berangan kalau kawen dengan artis ! hahahhhaha :p
Sukahati :)

No comments: