Wednesday, December 30, 2009

Kehidupan Itu...

Aku melihat kehidupan itu sungguh indah sebenarnya...kadangkala kita berada dalam keadaan yang sangat gembira, dan kadangkala kita berada dalam keadaan yang sangat sedih...dah 22 tahun rupanye aku hidup menumpang di atas muka bumi tuhan ni..fuhhhh,menarik nafas dengan sepuas2nya kerana bersyukur Allah masih memberi kesempatan kepada aku untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dengan penuh cabaran dan dugaan...sebagai manusia biasa, kadangkala aku rasa sangat gembira dan kadangkala aku rasa sangat sedih sampai tak mampu untuk berbuat apa..selama 22 tahun aku menjalani kehidupan ni,macam2 benda yang terjadi pada diri aku,sama ada itu perkara baik atau buruk, semuanya pasti ada hikmahnya tersendiri, kerana aku yakin,apa yang diberi oleh Allah itu adalah satu ketetapan dariNYA..Siapalah kita untuk mengubahnya..Hehehee...
Panjang lebar aku bermukadimah, sebenarnya entry ini adalah untuk menutup segala suka duka di saat2 terakhir 2009 dan tak berapa lama lagi kita akan menjejakkan kaki ke 2010..
Aku melalui kehidupan ini penuh dengan perkara2 yang ada sebabya terjadi, sepanjang umur aku 1 tahun hingga 6 tahun aku masih kecil dan tidak mengetahui erti duka, sebaliknya aku hanya suka sepanjang masa..dan perkara paling aku ingat ketika itu adalah kes ragut rakan aku sendiri,sewaktu itu, umur aku 6 tahun..kes ragut itu yang paling sukar aku lupakan dalam ingatan..trauma aku masa tu..sampai semua lelaki aku takut..
Okes!pergi pula pada umur 7 tahun hingga 12 tahun, waktu ni memang seronok gila orang cakap..yela budak baru nak membesar..masa ni aku slim beauty lagi tau..hahhaa..sangat2 best waktu ni, masa kat ekolah rendah dulu akulah brutal mak aii..aku ingat lagi masa aku darjah 3, ada ke patut aku nak belasah budak lelaki,kalau tak silap aku nama dia azrul, kitorang main nyorok2 kat sekolah,pastu entah apa yang azrul ni buat,sampai aku pegang kolar baju dia macam ala2 nak belasah..konon2 akulah hero ketika itu..hahhaha...lagi, aku suka masuk pertandingan pidato, bersajak la apa la, tak pernah tak menang tau...mesti menang punya..aku ingat lagi aku masuk pertandingan solat jenazah kat sekolah agama, menang no 1 tau,siap masuk peringkat daerah,pastu masuk peringkat daerah aku dapat no 3 so tak dapat masuk peringkat negeri,kalau nak tau,aku lah imam solat jenazah tu..hehhee..memang best...
ok,sekitar umur 13 tahun hingga 17 tahun,masa ni dah sekolah menengah, aku sekolah menengah kat 2 buah sekolah,sekolah pertama aku tu la aku temui cinta pertama aku,wah gitu!!mana ntah perginya mamat yang dulu2 bersongkok,perghh!!!runtun jiwa dulu2...hahahaa...tapi aku dah lama lost contact dengan dia sejak umur aku 15 tahun, dengar cerita dia dah memang curang masa aku form 3 tu..sepupu aku la cerita,tapi aku tak tau cerita sebenar,so aku biakan je sebab aku pun dah lama lost contact dengan dia...tapi dia memang aku tak boleh lupakan,walaupun cinta monyet tapi dia tetap jadi cinta pertama aku...wah gituuu..hehehhee...okes!masuk je form 2,aku dah pindah sekolah lain, jumpa kawan baru iaitu apek,lia,sue,minoi..kitorang semua duduk quarters...thats why kitorang jadi geng..hehhee..paling best bila kitorang diserang budak senior,hahahaha,,biasalah budak 'nakal' cam kitorang sering diburu..wah perasan!yela, kitorang hanya cakap 'babi' pada salah sorang geng dorang,pastu yang lain2 terperasan lak yang diorang tu 'babi'..so kitorang kena serang la, tapi yang herannya aku diorang tak berani lak nak serang,just apek dengan lia je kena serang, aku tak...hahahaha..ada berani???kahkahkaha...
then masa umur aku 18 hingga 19 tahun,aku sambung belajar ambik STPM kat sekolah yang sama..masa ni lah waktu paling best sekali kalau memori2 kat sekolah..mana taknya, kitorang satu kelas mempunyai kepala hotak yang sama semuanya...enjoy je,sampai kelas lain pun mencemburui kami...hahhaa..sangat2 best masa ni...yang paling ingat waktu dalam kelas aku masa kelas pengajian am,cikgu dok mengajar kat depan,dengan selamber ayamnya aku membaca surat khabar,samapi cikgu tu cakap 'saya harap ada soalan dari surat khabar tu keluar exam'...hahahhaa..masa tu aku tak perasan pun cikgu perli aku,tapi budak kelas yang cakap kat aku..hahhaa...tapi cikgu tu tak marah pun,die saje perli...kahkahka..tagline kitorang masa form 6 ni 'seheart,sesoul,selife,sedie'..hanya kami je yang tahu kisah disebalik tagline tu...kelakar betul,kalau nak tau dengan lebih lanjut,nanti lah aku cerita ye..hehehe...
okes,dan sekitar umur aku 20 sehingga sekarang, aku berada di USM ni bersama2 dengan makhluk tuhan yang Allah kirimkan kepada aku untuk menjalani suka duka bersama2 kat sini...hubungan kami ada pasang surutnya,kadang2 gembira,kadang2 sedih,kadang2 tak dijangka...dan apa yang pasti aku bersyukur dipertemukan dengan mereka...tak perlu aku announce nama korang,sebab aku yakin korang tau siapa korang dalam hidup aku..kan kan kan?????hehheee...cuma tinggal beberapa bulan untuk kita menghabiskan waktu bersama2..memang tak dinafikan kita akan buzy dengan FYP kita,tapi luangkanlah sedikit waktu untuk kita bersama2 menjalani saat2 manis di universiti terindah ini..yang manis itu kita pupuk,yang pahit itu kita ketuk!!hehehee..mana tau lepas ni kita tak berkesempatan nak jumpa...mana tau lepas ni kita membawa haluan masing2,mana tau lepas ni kita tak mungkin berjumpa, kan kan kan???yang terbaik itu hanya dari Allah...kita tau apa yang terjadi antara kita,dan kita tau dah perangai masing2..so dengan itu,kalau dah habis belajar nanti,kalau dah keje,ingat2lah rakan disekeliling kamu supaya kamu mempunyai memori yang sangat kuat..
nak tau tak dalam tempoh hidup aku,aku tak pernah lari dengan masalah dengan sahabat...kenapa???sebab Allah selalu menguji orang yang sayang pada sahabatnya...nak kata malu,tak kata pun malu...I LOVE ALL MY FRIENDS!!!nak sebut nama terlalu ramai...apa yang pasti korang tau korang adalah yang terindah dalam perjalanan hidup aku..yakinlah aku takkan pernah lupa pada korang sampai kapan pun....Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010...diharap tahun baru ni,hidup aku,hidup korang akan menjadi lebih bermakna selagi kita hidup di dunia...end~~~

p/s: kepada semua budak2 sekolah rendah tamun dato' harun (2) petaling jaya tahun 1994-1999, bila nak buat reunion kita?????
Sukahati :)

3 comments:

mazhad said...

panjang nye..............xlarat nk baca...anyway...epy new year..n komen la kat blog org sm kdekut...

|Fatehah Zakaria| said...
This comment has been removed by the author.
|Fatehah Zakaria| said...

xlarat bace jgn bace..hahhaa..benda tak penting pon...epy new year too...owh,kalo komen kena bls memballas ek???hahhaa