Saturday, January 2, 2010

Dua Ribu Sepuluh

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Happy New Year kat semua orang di dunia ni kan...Aku nak cerita sikit pasal pengalaman masa 1 Januari 2010...huhuuu..memang kelakar jugak kot rasanya...tak pernah2 tragedi macam ni berlaku...Okes!hari khamis yang lalu,aku pergi bercuti2 kat kedah..saja jalan2 sambil mengisi masa lapang n saja je nak jumpa membe aku kat UUM tu...okes,apa yang aku nak cerita adalah:

Kes yg pertama
Apa lah budak2 pompuan ni,pasal benda kecik pun nk dibesar2kan..heran aku...kawan aku + kawan2 dia(budak2 UUM)+ aku + pakwe salah sorang budak UUM tu (sebok je) merancang pergi mandi-manda kat sungai bukit aer,Perlis..ini adalah rancangan mereka lah,aku ikot jek sebab aku pun tak kenal yang lain2 tu..yang aku kenal kawan aku tu je..adakah patut pasal nak naik kereta pun nak masam2 muka..perempuan2...kalau nak tau perempuan memang macam ni..aku bukan tak nak menyokong wanita itu sendiri,tapi aku kadang2 bengang dengan sikap perempuan ni..kadang2 hal kecik pun nak dibesar2kan..bayangkanlah,benda kecik je,pastu dibesar2kan sampai mati2 pun terkeluar dari mulut seorang perempuan ni..benda kecik tu merupakan "boleh tak kalo kita tukar2 kete,kang ko bawak kete ni plak"...ayooo...lihatlah dunia..wajarkah perkara ni dibesar2kan???Lu Pikir la Sendiri!!!ada otak guna ok...nasib baik bukan kawan aku,kalau kawan aku,dah kena lepuk dah...tolonglah ye para2 wanita..jangan lah nak jadi bodoh sangat!!jangan lah perkara kecik nak dibesar2kan...aku ni dah bosan sebenarnya dengan sikap2 perempuan macam ni,mengada2 sangat!macam budak2 pun ye!!naik meluat aku!buat malu je weh..huhuuu...

Kes yang kedua
Sesampainya kitorang kat kedai makan untuk membeli makanan,ada informer dari UUM memberitahu salah sorang antara mereka bahawa unit keselamatan dorang buat spotcek..maka kereta2 dari luar tidak dibenarkan masuk sama sekali dan pelajar yang tak ada kad matrik pun tidak dibenarkan masuk...oh my god!!g mana sih!!aku tak kesah sebab aku boleh tidur rumah kakak membe aku,tapi dorang2 budak UUM ni,macam mana dorang nak masuk???dan pikir punya pikir punya pikir,mereka dapat jalan keluar bila pakcik yang sewakan kereta tu hantarkan dorang masuk tapi yang kecewanya,aku tak dapat merasa tidur hostel UUM..kesian kat kawan aku tu,dia beria2 suruh aku tidur kat bilik dia..tapi nk buat cam mana...tak ada rezeki kot..

Dear Incik Mazhad
I'm so sorry,bukan tak nak jumpa kamu, tapi tak sempat nak jumpa kamu and I tak tidur pun kat UUM malam tu..serius ni..sorry okay!!I know kamu baca blog ni..sorry again!!Dengar suara kamu call pagi semalam tu pun cam marah jek..huhuuu...sorry...kalau ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi..kamu datanglah penang,bawak ryn sekali..hehe =))

Last but not least,apa yang dapat aku simpulkan,New Year kali ini aku tak la bernasib tak baik,tapi aku dapat mengenali macam2 ragam manusia ni..aku ingatkan di tempat aku je ragam manusia macam2,rupa2nya kat tempat lain pun lebih kurang je..apa yang dapat aku rumuskan, kita perlu bersedia dengan apa pun terjadi..sebab perkara yang terjadi dalam hidup kita ni kadangkala tak dijangka..ini baru permulaan 2010,tahun 2010 ni masih panjang lagi..Hopefully apa pun terjadi dalam hidup kita,kita akan tempuhinya dengan hati yang tenang..terimalah ujian itu dengan seikhlas yang mungkin sebab Allah takkan beri kita UJIAN kalo kita tak mampu menghadapinya...ends~

P/S:gila kentang aku shopping sakan kat perlis tu ha...abeh duit aku..hahha..kate pompuan..hekhek
Sukahati :)

No comments: