Tadi aku baca magazine,tup2 ternampak lah keratan ini..sila baca dan aku akan komen semula mengikut pendapat aku..terpulang pada kau orang mahu terima atau tak..okes!!
Mengapa lelaki tinggalkan kamu si perempuan??
Kamu kuat membebel
Hadapilah kenyataan yang kaum perempuan takkan lari dengan sikap suka berleter. Jadi kawal sedikit mulutmu dan berhentilah merungut seperti emaknya. Lebih banyak kamu membebel, lebih sakit kepalanya nanti.
komen aku: kitorang kaum perempuan membebel sebab kau orang selalu sangat buat silap, benda simple pun tak tau..mana lah kitorang tak membebel.. Lagi satu sebab kitorang membebel,sebab kitorang take care sangat kat kau orang..faham??
Kamu kaki mengkritik
Lelaki amat menyenangi penghargaan. Apabila lelaki bercakap mengenai impian, kejayaan atau kisah dukanya, bermurah hatilah memberi sedikit pujian dan galakan. Jangan asyik nak mengkritik dan menghentam sahaja.
komen aku:owh,kalau kau orang kritik kitorang boleh pulak ye??habis madu sepah dibuang, kitorang mengkritik kau orang sebab kitorang tak mau kau orang termalu sendiri dengan sikap ke,apa2 jela yang boleh memalukan dan memualkan orang lain.
No Queen Control Please!
Lelaki memang tidak suka dikawal, lebih-lebih lagi kalau dikawal ketat oleh perempuan. Nanti orang kata dia kena queen control. Maklumlah, apabila harimau dah keluarkan taring, gajah pun takot dan cabut lari! Sebab itu lelaki menjauhkan diri daripada genggaman perempuan yang suka mengawal pergerakannya.
komen aku: kitorang bukan nak jadi queen control, cuma kitorang terlalu sayangkan kau orang, sebab kitorang takut kau orang cari isteri baru...Ingat,kau orang boleh kawen 4, kitorang tak boleh..hahhaha...thats why kitorang menjadi sebegitu rupa..tapi kalau kau orang jd 'King Control' lagi dasyat dari kitorang tau tak??!!
Lelaki alergi wanita gedik
Ingat comel sangatkah kamu kalau kuat merengek dan mengada-ngada? Mula-mula bercinta bolehlah tahan, cukup waktu, harus dia hi hi bye bye kepada kamu. Rimas!
komen aku: apa lah sengal sangat kau orang ni, dah tau tak suka perempuan gedik2 ni, kenapa la kau orang declare jadi sepasang kekasih???kan banyak orang kat luar sana yang tak gedik..apa daaaa...
Citarasamu tak sepadan dengan poketnya
Macam-macam yang kamu idamkan, i-phone barulah, minyak wangi barulah, notebook barulah dan akhirnya si dia pening membayar kad kredit setiap hujung bulan! Pokailah kalau tiap-tiap hari makan di hotel! Silap haribulan minyak kereta pun tak mampu nak isi
komen aku:dah tau teman wanita kau orang tu high mentenend,kenapa lah kau orang sengal sangat ajak couple..kan dah kopak duit..bia papa,asal dapat makwe bergaya ork???sendiri makan pengat,sendiri mau ingat lah!!hahha
Wanita comot tak membuka selera
Alahai,perhatikan cili dan mayonis yang melekat di celah gigimu, tak selera dia melihatmu. Takkanlah setiap kali kamu mahu mengharapkan si dia menegur. Cepat! Baik pulih parasmu yang comot itu.
komen aku:alahai,kau orang cili tersekat kat gigi pun kau orang kata selekeh, habis kau orang yang bulu ketiak boleh buat dandan, bulu hidung menari2 keriangan tak selekeh la ek???hahhaa
Kalau bersuara berpada-pada
Hai cik adik, kalau bercakap satu kedai mamak boleh mendengar suaramu. Gelak ketawa pula mengalahkan suara jantan! Bukankah itu mengaibkan dan dia juga tentu malu mahu mengaku yang kamu itu bakal isterinya. Awasi maruah dan tingkahlakumu.
komen aku:kalau suara kitorang ni memang dah boleh runtuhkan kedai mamak,kitorang nak buat cam mana lagi??dah kau orang buat lawak sampai kitorang rasa lawak korang paling bangang sekali nak wat cam mana???lain kali,kalau pergi kedai mamak, kau orang tempah bilik khas kalis suara okay??!!hahaha
Kamu tiada pendirian
Walaupun lelaki suka jika pasangannya mengiyakan saja kata-katanya, namun ada baiknya kamu tetapkan pendirian dan prinsip kamu. Barulah kamu lebij dihormati.
komen aku:ala,kalau kitorang bagi keputusan,last2 kau orang bukan nak ikut pun, makanan kat situ tak best la, idea macam budak2 lah..kaum kitorang ni memang suka mengalah,sebab ada orang yang suka menang macam kau orang...
itu lah dia sedikit sebanyak jawapan aku pada artikel berkenaan...apa yang penting di sini, manusia tak sempurna,so janganlah mencari kesempurnaan,kerna kau orang takkan jumpa pun..kerna yang sempurna itu hanya satu iaitu Yang Maha Esa!!!ends~~
Sukahati :)
No comments:
Post a Comment