Wednesday, January 6, 2010

Entry Ini Sila Fikir..

Entry kali ni aku cuba untuk berkongsi bukan pengalaman tapi perasaan aku dan aku juga yakin perasaan kamu semua yang masih lagi terkapai-kapai menelaah apakah masa depan kamu semua.. Andaikata ada doraemon dalam dunia ni,sudah tentu kamu menggunakan khidmatnya untuk mengetahui masa depan kamu kan?heheee..tersengih-sengih kamu membayangkan mesin doraemon tu macam mana. Masa depan boleh dirancang, tapi adakah rancangan itu berjaya atau tidak, ianya terpulang kepada perancangan itu sendiri dan juga ketentuan Illahi. Allah mengurniakan kita kudrat untuk berusaha mencari yang terbaik, jadi kenapa perlu mencari perkara yang tidak baik. Aku pula sebagai wanita yang pada tahun 2010 ini masih mengangan-angankan masa depan yang baik. Namun,sebagai manusia biasa,aku hanya merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Aku mengimpikan kerjaya yang baik,kehidupan yang tenang dan selesa, keluarga yang bahagia dan yang paling penting aku mahu aku menjadi hamba Allah yang seimbang dunia akhiratnya. Siapa yang tak nak bahagia dalam kehidupannya. Orang gila pun mahu bahagia dalam "kehidupannya". Kita tak perlu tunngu 10 tahun mahupun 15 tahun akan datang, cuba kita fikir dimanakah kita 5 tahun akan datang. Tempoh 5 tahun itu bukannya lama, pejam celik masanya pasti akan tiba. Sama ada hidup atau mati kita pada waktu itu, hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Korang rasa apa yang aku tulis sebagai mukadimah tu agak skema tak???hehehe...saja je nak attract pembaca..mesti kawan2 aku yg mengenali sangat aku ni cakap,apehal pompuan ni,skema gila ayat..kan kan kan???hekhekekk...Tak la,sebenarnya macam ni, aku sekarang ni tak tau lah nape, asyik sangat memikirkan apa akan aku lakukan selepas habis belajar ni..kerja ke??tanam anggur ke??kahwin ke???hakhakhaka..sebenarnya macam ni, aku harap sangat aku dapat kerja terus lepas belajar ni,kalau boleh aku tak nak menganggur pun..penat2 belaja 3 tahun,pastu nak menganggur pulak..mak tak rela nok..huhuuu..nanti kalo aku menganggur komfum badan aku serupa itu badak punya bapak juga..hahaha..maksud aku bertambah montel lah..huh!!tak mau! Pastu aku fikir lagi,sekarang 2010 umur aku 23 tahun, lagi 2 tahun 25 tahun,lagi 4 tahun 27 tahun,lagi 7 tahun 30 tahun..owh no!!itu bukan jarak masa yang lama..aku rasa macam baru semalam aku form 1..huh!tak mau!agak2 korang kan di manakah kita waktu itu??aku sure rakan2 terdekat aku,bia aku mention nama korang sai,along,as,apek,yana,lisa,lela,pija,dayah,ayu,ika,tikah dan sape2 jela yang aku kenal (yg pompuan2) ni dah kahwin..aku sure lah!hahaha...aku????entah lah..pakwe pon tak dak..goneeeeeeeeeerrr????bajet nak kahwin umur 30>26 tahun weh..lagi beberapa tahun je lg..26 sebab mak aku kawen umur dia 26 tahun tapi kalau terlebih bajet hopefully sampai 30 tahun jela..hahhaaa..aku tak kesah pun weh sebab aku yakin bebeno(loghat perak) Allah dah create ‘dia’ untuk aku..tunggu je masa tu okay tehah (motivate diri)..biasa lah,orang pompuan memang fikir pasal kahwin dulu..tapi apa2 hal pun aku nak ada kerja, kereta, rumah(kalau mampu), baru aku boleh kahwin..kalau tak..sorry ye..i am not ready!!hahaha..pendek kata kehidupan perlu stabil..oleh sebab itu, sekarang ni aku fikir kerja kerja dan kerja...bia aku dapat kerja yang bagus dulu, dah stabil hidup,baru fikir keluarga!!hahaha..aku takot la nak tempuhi alam pekerjaan..yang penting nak ada duit sendiri,nak bagi kat ayah,adik2..hmmm..ayah!!doakan yang terbaik untuk angah ye??berkat doa ayah jugak angah dapat masuk university dan angah harap berkat doa ayah jugak angah dapat kerja yang bagus..Hopefully ayah sentiasa ada bersama2 angah..i LOVE my DAD!!!dan kepada kawan2 aku jugak,doakan aku dapat kerja lepas belajar ni..dan aku akan berusaha untuk itu..InsyaAllah..buat kawan2 aku yang masih belajar lagi untuk tahun depan,doakan aku dapat kerja,nanti boleh aku belanja korang..hahahhaa..okay la..itu je entry untuk kali ini...jumpa lagi...ends~


Sukahati :)

No comments: