
Ini kisah pasal setem. Orang kata, kadang2 kalau kita simpan barang2 lama ni, benda tu akan jadi mahal atau artifak. Okay, di petang sabtu,aku bersembang2 la dengan yana, aku cakap kat dia, ada orang nak beli lukisan budak seni dengan harga RM 2 ribu. Pastu yana teringat nak cerita sesuatu. Dia baca kat paper hari tu, yang ada orang nak beli setem lama dengan harga RM 2juta sekeping. Setem itu mesti original dan setem tu merupakan setem tanah melayu. Memang setem lama la. Masa tu yana menggigil, sebab setem yang orang tu nak sebijik sama dengan setem yang dia kumpul!!!Dia ada 5 doh!! Maknanye kalau orang nak beli semua total RM 10 juta doh!!10 jutaaaaaaaaa!!!!!! Kaya lah! Tapi malangnya, setem yana yang dia kumpul2 tu semua hilang termasuk setem yang nilainya RM2juta tu!!!Owh my godness!!! Setem tu memang satu2nya yana dapat sempena kawan dia bagi hadiah kat dia! Memang setem yang dia ada tu original sebab atas sampul surat dan ada bercop lagi! Memang sebijik macam setem yang orang cari2 beharga RM 2juta tu.. Gila la kau yana, kenapa kau hilangkan, kalau kau bagi aku simpan, komfum kita kaya weh! RM 10juta tu weh!!Aku dah boleh mintak RM 1.5 juta dah! Kau boleh sponsor annual dinner kitorang dah weh! Tapi malangnya, angan2 tu hancur lebur bila setem kau tu hilang gara2 makcik cleaner pegi buang bekas ko letak setem kat stor cg hari tu! UH!!benci!!!Kalau tak kita dah kaya raya dah weh!huhuhuuu.. Tulah orang kata, tuah ayam nampak kat kakinya, tuah manusia nampak kat setemnya!!hahahhaa.. Tak ada rezeki la tu kan yana. Takpe,ada hikmah tu, mana tau bila kau dah kaya kau lupa diri, mana tau bila kau dah kaya hidup kau lagi bertambah susah. Betul tak.. Anyway, kita berangan jela yang kita ada 10 juta tu...10 jutaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....10 jutaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...10 jutaaaaaaaaaaaa....hahahahahahahaa
P/s : kepada sesiapa yang suka mengumpul barang2 lama, teruskan usaha anda, jangan dibuang atau diberi kepada orang. Mana tau 10 tahun akan datang, orang mencari barang lama tersebut dan pada masa itu, harganya amatlah mahal. So simpan okay! Pesanan dari khidmat masyarakat ini di bawa oleh aku + yana!!!ends~
Sukahati :)
No comments:
Post a Comment