
Aku ni bukan la obsess sangat nak kurus, tapi aku perlu kurus. Bukan lah kurus cam aneroxia tu kan, tapi just nak turunkan berat badan aku ke tahap normal. Mengikut BMI, aku punya berat badan ideal antara 55kg hingga 65kg. So, tak la banyak sangat nak kena turun, ada la dalam beberapa kilo. Nak cakap malu doh. Tapi aku yakin aku mampu. Sebab aku pernah berjaya turunkan berat badan tau!
Masa aku kecik, aku bukannya lahir2 terus menGOMOK ni. Hahaha. Pernah gak rasa slim melim, tapi sekejap je, sebab masa kecik mak aku bagi aku makan ubat cacing + appetton. Sebab masa kecik aku tak suka makan. Lepas dari tu, baru lah corak permakanan aku dah berubah. Makan banyak gila sampai abang sepupu aku gelar aku "tong sampah", sebab semua makanan orang yang tak habis, aku bedal. Tapi sekarang orang yang suka bedal makanan aku terutama si mamat dua ekor tu [sendiri paham la..hahahaha]
Masa aku form 5 berat aku gila mendadak weh. Masa tu memang tembam habis la then masa aku nak masuk form 6 aku berjaya turunkan 13kg. Ha, percaya tak?? Mesti tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Punca aku berjaya turunkan berat sebanyak 13kg tu sebab aku kurangkan sikit jumlah pengambilan nasi. Tapi weh,serius aku cakap, masa tu memang aku gemok tahap gila babeng la!hahahha. Lepas tu berat aku sekejap turun sekejap naik. Macam yoyo pulak. Then aku kadang2 berjaya turunkan berat 1kg, 2kg cam tu. Tak banyak. Sampai la aku kat USM, aku aktif masa 1st year, main futsal la, macam2 la sampai berat aku turun 3kg. Selepas 2nd year, aku dah tak aktif, cuti 3 bulan kat rumah, melantak je. Tup tup berat aku naik 3kg balik!!Cis!Memang kedengkian.
Lepas tu, aku buat bodoh je dengan berat badan aku, biasalah macam yoyo. Masa makan naik 2kg, lepas tu dah yak yak turun balik. Maintain je berat aku ni. Sampai lah satu saat yang aku bertekad nak kurus! Memang selama ni aku bertekad jugak, tapi selalu tak berjaya tapi kali ni alhamdulillah, berjaya jugak aku DIET! Itu pun atas sokongan kawan2 rapat aku jugak! Thanks friends! Aku berjaya turunkan berat badan aku 8kg dalam mase dua bulan. Hehehe. Sungguh pun figura aku tak berapa nampak perubahan, tapi aku puas hati sebab usaha aku berbaloi. Puncanya aku tak jamah nasik untuk tempoh dua bulan. Wah! Aku rasa aku wanita yang hebat! Nak tau, aku ni tak boleh tak makan nasik, tapi, aku berjaya weh. BERJAYA!!! Sungguh bangga aku dengan diriku ini.
Tetapi selepas mendapat perkhabaran berita indah bahawa aku punya berat telah turun 8kg, aku mula lupa diri. Hahahhaa. Aku mula menjamah nasik, tapi sekali sekala, aku udah bantai mcd value lunch tapi cuma sekali, aku dah bantai burger mamu tapi cuma dua kali. Bila dibilang hari, tolak aku makan makanan2 itu aku dah tak makan nasik selama 71 hari termasuk hari ini. Wah! Hebat kan aku!
Okay, lepas ni, aku akan berusaha nak capai sasaran aku iaitu berat ideal aku. Aku akan berusaha sampai berjaya. Dan aku akan pastikan sebelum aku kawen, aku akan dapat berat ideal aku. Hehehehehe. Bukannye obsess sebab nak kawen pon, tapi entah la, aku baru dapat petunjuk kot. Petunjuk untuk mengidealkan berat badan aku. Lagi pun, nak merasa slim melim balik.
Jadi gemok pon bukan satu masalah besar. Sebab aku ramai je kawan. Aku boleh je dapatkan baju yang cantik2. Aku tak kesah langsung dengan kutukan dari orang2 bodoh sebab pergi mampos lah kan mereka2 itu mahu mengutok aku gemok ke, tong drum ke, ikan paus terdampar ke. Sebab bagi aku apa yang penting sihat dan aku tak susahkan mereka2. Betul tak? Aku memang tak kisah langsung dan aku tak rendah diri langsung dengan keGEMOKkan diriku. Tapi aku nak kurus ni sebab............hahhahahha. Biar lah aku sendiri yang tahu sebab apa. Kahkahkahkah.
Pesanan aku : yang penting kat sini, kalau kau selesa dengan bentuk badan kau, jangan lah ikut cakap orang tu, orang ni untuk mengubah bentuk badan kau. Kalau kau selesa gemok, kau gemok lah, kalau kau selesa kurus melidi, kau kurus melidi lah. Yang penting kau bahagia, kau Happy, kau masih punya kawan2 yang setia dengan kau. dan of course kau akan disayangi jugak oleh seseorang kekasih hati suatu hari nanti. Kalau kau rasa nak tambahkan berat badan atau kurangkan berat badan, berusahalah. Sebab Allah sangat suka orang yang berusaha. Tak salah kita nak diri kita cantik kan. Sebab Allah jadikan kita manusia ini secantik2 rupa, sebaik2 kejadian kan. Tak ada manusia yang buruk or tak cantik kat mukabumi tuhan ini. Sebab kecantikan hati itu lebih bermakna dari segala2nya. Kalau rasa tak cantik, kita cantikkanlah diri kita. Tapi jangan lah buat plastik surgery or cocok tang situ,,cocok tang sana. Itu kan tak baik! Hargailah diri anda. Jangan sekali tak bersyukur okay! Muah!
Sukahati :)
No comments:
Post a Comment