
"KAU KENA INGAT, KALAU SESUATU BENDA BEHARGA TU HILANG DARI HIDUP KAU,KAU AKAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI. NAK CARI YANG 'BERHARGA' TU BUKAN MUDAH WEH"
P/S : Sila baca entry ini sambil mendengar instrumen dari filem Selamat Pagi Cinta. Sure kamu akan sedih.
Aku terdetik nak post entry ini bila salah seorang BFF aku punya chenta hati meninggal dunia. Aku tak sure sama ada chenta hati dia or whoever, tapi yang aku pasti BFF aku mesti sayang kat dia. Aku harap kau tabah weh. Allah lebih menyayangi dia kan. Al- Fatihah untuk Suraya Ahmad.
Amin.
Aku mahu share sesuatu. Best ke tak best ke terpulang kepada kamu mahu menilainya. Amat sedih kan bila orang yang kita sayang tinggalkan kita. Bukan saja tinggalkan kita apabila ajalnya telah sampai, tapi tinggalkan kita semasa hayatnya juga akan membuatkan kita sedih. Serius. Aku tak tau nak kata apa, sebab aku juga pernah di tinggalkan oleh orang yang sangat2 aku sayang iaitu mak aku. Sedih memang sedih tapi hidup mesti diteruskan. Kalau orang yang kita harap akan menjaga kita tinggalkan kita pun kita akan sedih. Kita berpisah dengan kawan2 pun kita akan rasa sedih. Kita di tinggalkan kekasih pun kita akan rasa sedih. Aku masih menyimpan mesej seorang lagi BFF aku "Orang yang di tinggalkan lebih merana dari orang yang meninggalkan orang". Ha, betul la tu. Memang betul apa yang dia cakap. Kita yang kena tinggal ni memang sedih berbanding orang yang tinggalkan kita. Tapi sekali lagi aku nak cakap hidup mesti diteruskan. Ajal kita tak tau bila. Maybe lepas aku menulis ni pun, ajal boleh datang, mybe esok luse, kita semua tak tahu. Allah dah merencanakan segala-galanya untuk kita wahai kamu kamu semua. Sedih itu memang sedih, tapi kamu fikirlah, sampai bila kita nak sedih. Aku sentiasa memikirkan mati ku. Walaupun aku bukanlah orang yang kuat agamanya, tapi aku sentiasa memikirkan mati aku. Aku tak kesah kalau aku pergi dulu sebelum orang2 yang aku sayang, sebab pada hakikatnya, aku tak sanggup nak kehilangan orang2 yang aku sayang. Sampai kadang2 aku selalu terfikir kalau2 aku kehilangan mereka, macam mana keadaan aku. Hmmm. Biarlah aku pergi dulu sebelum mereka. Cuma aku takut, kalau ajal aku sudah sampai, aku tak sempat nak menyampaikan sesuatu hajat kepada seseorang. Allah tahu apa yang aku nak dalam hidup di dunia ini. Aku hanya merancang, Allah jugak yang menentukan. Biar lah ku simpan rahsia itu seorang diri. Ada juga yang dah tau, tapi biarlah mereka berteka-teki, yang pasti hanya Allah je yang tahu. Aku harap aku sempat. Dan aku harap Allah tunjukkan jalan itu dengan mudah dan dirahmati juga. Tapi yang pasti, aku nak semua orang yang aku sayang tahu bahawasanya AKU AMAT-AMAT SAYANG DENGAN KORANG. Aku pasti korang tahu siapa korang. I Love you very2 much. Semoga,jika aku meninggalkan dunia, korang tahu aku sayang korang. Dan berdoalah untuk aku jika aku tiada.
Sukahati :)
3 comments:
mmg sedih bila org2 yg kta syg pergi meninggalkan kita..but as u said, life must b continued... i love u teha :)
hahahaa..i luv u too dc!
Post a Comment