Sunday, April 4, 2010

Cantik itu subjektif




Kredit to pakcik google. Aku suka bangat tengok diorang ni..hehhehe


"Hasrat untuk tampil cantik dan menarik merupakan fitrah bagi wanita"

So bagi wanita kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif. Bagi aku, semua wanita yang dicipta tuhan merupakan seindah-indah manusia. Semua wanita bisa jadi cantik. Tak kira sama ada wanita itu kurus kering, gemok gedempol, putih melepak, hitam manis atau sebagainya. Semua boleh jadi cantik. Yang membuatkan wanita itu tidak kelihatan cantik adalah kerana pembawakan diri mereka itu sendiri. Ada diantara mereka ini yang tidak menjaga kebersihan diri, tidak menjaga penampilan diri di hadapan orang ramai.

Mata pandangan lelaki juga bebeza, ada yang memandang wanita itu cantik dalam pelbagai aspek. Terpulang pada mereka untuk menilainya. Tapi jangan lah nak demand sangat kan, kau kutuk perempuan tu, perempuan ni, sedangkan kau pun bukannya sempurna pun. Tak perlu nak menghina orang tu, orang ni. Ia seolah2 kau menghina kejadian Allah s.w.t. Manusia itu adalah sebaik2 kejadian. So, tak perlu nak kutuk or menghina ok! Aku pelik ada segelintir manusia berfikiran begitu, mengutuk manusia yang mempunyai kekurangan bagai nak rak, tapi diri sendiri pun tak betul gak. Lepas tu ada juga manusia yang nak berkawan dalam golongan2 mereka je. EWWW!! Please la 'makcik', you all to kampung2. Muka saja cantik tapi pemikiran memang pendalaman. Aku rasa pemikiran orang yang duduk di pendalaman pun tak macam 'makcik2' tersebut.

Perempuan juga bertuah kerana kebanyakan shopping complex kat Malaysia terutamanya banyak menyediakan pelbagai jenis fesyen yang korang nak. Melambak2. Murah ada, mahal ada, cikai ada, branded pun ada. Ha, sangatlah beruntung kan jadi wanita berbanding lelaki. Bagi aku, aku tak kisah branded or tak, mahal or murah. Janji apa yang aku beli tu cantik dan kena dengan aku. Bak kata orang dolu2 'ukur baju di badan sendiri'. Kalau beli baju tu ikut lah kemampuan, kalau tak mampu nak beli branded, buat apa terhegeh2 simpan duit semata2 beli barnagan branded. Tak guna kan. Lebih baik beli baju kat pasar malam. Walaupun tak branded tapi tetap cantik. Sebab barangan untuk wanita sangat2 lah banyak pilihan berbanding lelaki.

Cantik bukan untuk dipuji, tapi cantik itu untuk diri sendiri sebenarnya. Tapi janganlah buat benda2 yang boleh merosakkan diri sendiri untuk kelihatan cantik. Kadang2 bila orang terlalu obses nak cantik, dia sanggup melakukan apa sahaja janji dia nampak cantik. Tak elok lah begitu kan. Banyak cara lain yang lebih selamat untuk kelihatan cantik. Orang kata, bila dah ada duit sendiri, semua benda kita boleh dapat. Betul ke? Boleh jadi betul gak, sebab bila kita ada duit, masa tu lah kita akan memikirkan untuk beli produk ni nak kurus or nak naikkan berat badan, beli produk ni nak putih or sebagainya. Produk2 kebanyakannya memang mempengaruhi wanita berbanding lelaki. Tapi apa boleh buat, memang wanita suka akn kecantikan.

Last but not least, aku pun tak tau apa yang aku membebelkan di atas, hahhahaha. Cuma apa yang aku tau, kita sebagai wanita harus sentiasa berpenampilan menarik supaya kita akan dapat keyakinan diri terhadap diri sendiri. Lepas tu, aku nak pesan sikit, bila dah kahwin tu jangan terus jadi selekeh ya. Cantik lah untuk suami, dapat pahala tau! Masa korang cantik untuk pakwe tu, bukannya dapat pahala pun. Hehehee. Dan pastikan si suami pun handsome2 kan lah diri untuk bini! Kalau pandai kate bini dah tak cantik, walhal korang pon sama!hahahhahahaa..Ends~
Sukahati :)

No comments: