Friday, April 2, 2010

Kita bila pula?

Hidup ini tidak lama.
Kerna dunia ini juga sudah tidak lama.
Ajal tak mengenal siapa kita.
Ajal tak mengenal sama ada kita sakit atau tak, muda atau tua.
Semakin hampir agaknya kita dengan hari pembalasan.
Ya Allah...
Bukakan hatiku bertaubat padamu...
Aku mahu tergolong dalam orang yang beriman ya Allah.

Hatiku sayu bila terdengar berita allahyarham din beramboi meninggal.
Dalam tahun ni je, banyak berita kematian yang aku dengar.
Tak kesah la orang tu aku kenal atau tak.
Tapi banyak sangat.

Kadang-kadang ia membuat aku terfikir.
Bila pula giliran aku.
Yang pasti hanya Allah sahaja yang tahu rahsia mati kita.
Aku pun tak tahu bila.
Yang pasti aku harap aku mampu menjalani kehidupan ini.
Sebelum matiku tiba pada diriku.
Sukahati :)

No comments: