Monday, April 26, 2010

Special From The Bottom of My HEART~♥

Wah!Tajuk je sudah bahasa Inggeris tapi entry tetap dalam BM. Almaklumlah,english aku ni semput2 je. Kang ada pulak salah diction la,grammar la, vokabulari lari la.Hehehe.

Entry kali ni adalah special ucapan aku untuk para2 sahabat yang hadir dalam hidup aku walaupun ianya hanya seketika. Khas untuk teman2 di USM sahaja. Limited edition only. Dah terpampang muka korang ni,bermakna,korang terpilih menjadi sahabat aku.Hahaha.Poyo. Tak la, ni khas untuk mereka yang rapat dengan aku je. Hehehe :) ♥


Nor Diyana Binti Zainol


Owh my Ex Rumet..Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kat kau sebab menjadi kawan terbaik aku sepanjang perkenalan kita ni. 3 tahun itu tempoh yang terlalu singkat tapi kau bisa mengenali aku lebih mendalam dari orang2 lain. Kau tahu bila aku sedih, kau tahu bila aku gembira, kau faham apa perasaan aku, ko faham apa yang terkandung dalam perasaan aku. Terima kasih sebab memahami aku untuk tempoh selama 3 tahun ni ye.Kau lah girlfrend forever aku a.k.a bestfriend forever aku. Aku sedih sebab akan berpisah dengan kau,namun aku takkan lupakan kau dalam hidup aku kecuali kalau aku punye otak dah tak berfungsi. Hehhee.Janji dengan aku, bila aku kawen nanti,kau mesti datang ok!And bawak hadiah paling besar sekali!I love You lah!




Mohamad Amin Yusof

Owh my dear. Thanks a lot coz sudi menerima aku sebagai teman baikmu. Sesungguhnya aku tak pernah sekali pun menidakkan kehadiran kau dalam hidup aku. Dan sesungguhnya kau adalah teman baik aku sampai syurga. Walau pun ada berjuta2 insan baru hadir dalam hidup aku, tidak sesekali aku melupakanmu. Walaupun sesaat. Aku harap hubungan persahabatan kita takkan terhenti sampai bila pon. Dan aku harap hubungan persahabatan kita di selamatkan andaikata ada lagi kekhilafan yang berlaku. Terima kasih kerana sudi menjadi bahu untuk aku menangis, tongkat untuk aku bangun dari jatuh. Kau adalah kekuatan untuk aku. Dan aku pasti aku juga adalah kekuatan untuk kau. Sesunguhnya aku sayang kau weh!huhuhu.




Muhammad Badrul Nizam Jusoh

Ini adalah salah sorang kawan terbaik dan terapat dengan aku. Terima kasih daun keladi bad sebab sudi mengangkat beratku selama ini. Aku tau kau jeles berat aku dah turun. hehehe. Aku sangat berterima kasih kat kau sebab kadang2 menjadi pendengar setia aku untuk beberapa masalah. Terima kasih juga kerana menjadi rakan kongsi gosip aku selama kita kenal ni. Terima kasih juga kerana sudi mengangkut aku kesana kesini dengan jasa P*B 7**9 tu (tak bleh publish,nnt org curik). Dan terima kasih sebab masa praktikal dulu kau sudi mencocokkan aku. Opss,bukan mencocok aku,tapi tolong mencocok duit aku. Kau sangat amanah bad.Aku percaya keamanahan kau tu. Harap2 persahabatan kita akan kekal ke akhir hayat dan semoga kau tak lupakan aku ye. Mana mungkin kau melupakan bontot aku yang menjadi kegemaran kau selama ini.Hehhee..Love You bad!!





Nor Fardiana Nordin

Terima kasih long sebab sudi jadi kawan aku. Kat USM ni kau lah kawan yang rapat dengan aku. Cosmate yang rapat dengan aku. Kemana2 pegi pun kalau aku sorang2,mesti orang tanya mana kau. Hehhe. Nampak sangat memang kita rapat kan. Thanks coz sudi menjadi pendengar masalah2 aku. Thanks kerana menjadi kawan aku untuk pergi shopping or window shopping. Kita selalu pegi bedua kerana bedua itu lebih baik kan. Thanks cos kite selalu mengabehkan duit kita dengan naik kete2 sapu yang ada kat USM ni. Maknanya kita adalah penggemar teksi2 sapu. Hehehee. Thanks untuk segala2nya. Walaupun kadang2 aku terhiris dengan tingkah laku ko,aku pasti kau pon pernah terhiris dengan tingkah laku aku. Pape hal pon, ampun dan maaf dipinta andai selama kita rapat ni aku ada buat salah dengan kau ye long.. I love you long!Aku doakan semoga hubungan ko dengan wandi berkekalan sampai syurga..hehehe. :)



Nur hasliza Ghani

Owh dior Lisa. Thanks coz being my friend. Selama kita berkawan ni,kau lah kawan paling bengong penah aku jumpe. Hahaha. Kau umpama mama. Kadang2 pemberi nasihat yang bagus. Kadang2 pendengar masalah yang bagus. Sonok dapat pelok ko hari tu. Macam teddy bear besar punya! Hehehe. Semoga kau tak lupakan aku ye. Kenangan di h22 adalah paling banyak sekali kan. Kau sangat mudah berkawan sebab aku pasti kau tak pilih kawan. Tabahkan hati menempuhi pelbagai dugaan yang mendatang okay. Semoga persahabatan kita ini kekal sampai akhir hayat. Kenangan praktikal juga best! Kadang2 tu aku menyampah gak dengan kau. Tapi aku pasti kau pun sama kan. Anyway,mintak maaf banyak2 andai selama kita berkawan ni aku ade mengguris perasaan kau ye. Sesunguhhnya I Love You Lisa..hehehe.



Saidatul Saddiah Zol

Sai, thanks coz being my friend. Walaupun kita dah tak rapat cam dulu, namun kau tetap dalam poket aku. hehehee. Kau adalah pendengar yang baik juga. Dan kau juga salu tolong2 aku jugak. Masa 1st year la kau banyak tolong aku. Terutama dari segi lukisan. Kau kan terrer. Hehheee. Apa2 pun, aku suke kawan dengan kau walaupun kadang2 kau ni emosi lebih. Dan kadang2 kau ni bengong and gila2 jugak. Hahhahaa. Semoga persahabatan kita akan kekal sampai akhir hayat okay. Love you jugak!



Berrindo Rizqianandha Sahid

Owh my sweet friend. Edho, kita kenal juga baru kan. Sejak praktikal kita kenal. Tapi aku rasa macam sudah lama kita kenal. Thanks coz being my friend edho. Thanks coz selalu tolong aku pasal flash hari tu. Kamu seorang kawan yang baik edho. Kamu ikhlas bantu aku kan edho. Aku suka bangat dapat kawan dengan kamu. Kenangan masa praktikal adalah kenangan paling banyak buat kita kan edho. Aku berdoa agar kamu berjaya menjadi designer yang berjaya kelak. Supaya nanti kalau aku mahu jadi client kamu, aku dapat diskaun donk ah..hehhee. Semoga hubungan kamu dengan ndoks bertambah baik ya!Domie mu sayank!Kekekee. Nanti bila aku sudah kaya, boleh la aku pergi rumah kamu di Jakarta ya edho. Special request, buatkan coding utk majlis resepsi persndingan aku okay..hahhahahhaa. semoga persahabtan kita ini akan kekal sampai akhir hayat. Jangan lupakan aku ye dho...hehhee




Shalida Diana

Wah nama sedap tau. Walaupun baru je kenal kak shell, tapi rasa macam nak anggap kak shell ni kakak je. Kak shell sangat2 bagus dalam memberi nasihat. Pendengar yang bagus. Cuma kadang2 teha je degil kan tak mau dengar nasihat kak shell. hehe. Suka kawan kak shell sebab jiwa kak shell macam boleh join together dengan jiwa teha. Sangat besh begadoh dengan kak shell sebab kak shell macam memahami jiwa2 muda kami. Thanks coz sudi mengjoin kami buat detik2 terakhir ni. Sangat lah suka. Pedulikan apa orang lain nak kata, janji kak shell tau apa kak shell buat okay. Ala, rumah kita tak jauh pun, setakat selangor tu dekat je. Kan? Yang penting!!Kalau kak shell nak kahwin sok,jangan lupa jemput kitorang!InsyaAllah kalau ada kelapangan, kitorang akan serbu majlis kak shell tu. Keep in touch okay!Semoga persahabatan kita kekal akhir hayat!InsyaAllah. Love You kak Cali!!Hehehehehe :))

Sebenarnya banyak lagi kawan2 aku yang lain, namun tidak lah ku daya mahu mengupload gambar2 mereka. Yang di upload ini insan2 yang rapat dengan aku. Yang lain2 tu bkn tak rapat, cuma tidak berkesempatan untuk rapat kan. Tapi kau orang tetap kawan aku wok! Tetap terbaik diantara yang terbaik. Nak sebut nama pon susah, sebab ramai sangat. Sesiapa yang anggap aku ni kawan dia, otometikeli aku akn menganggap kau orang sebagai kawan aku. Terima Kasih tak terhingga kerana menjadi kawan aku. Terima kasih jika kau orang ada menabur budi ke atas aku. Jasa dan budimu takkan ku lupa. InsyaAllah kalau panjang umur,kita berjumpa lagi. Dan InsyaAllah aku akan doakan kebahagiaan kau orang dunia dan akhirat. Nak sebut nama sikit, thanks to budak2 grafik, new media, produk, BA, Lakonan dan pengarahan, maskom,suspens,SK,IK,Management,Food tech,HBP dan sesape jela yang mengenali aku. Semoga hidupmu diberkati dunia akhirat okay! Selamat berjuang ke DUNIA BARU tak lama lagi.Love You All..

P/s : Sesungguhnya kenangan bersama itu adalah kenangan yang cukup indah. Takkan boleh dibeli di kedai2 mahupun di butik2 juga di shopping2 kompleks yang menjual barang2 paling termahal sekali pun. Ianya limited edition. Tak dijual di mana2 tapi mampu menjadi paling berharga dalam hati kita!Semoga sukses ya!

Nota kaki : gambar2 di atas bukan original,sebab agak klishe bile buh gmbr real kan..hahahhahaa
Sukahati :)

No comments: