Thursday, June 6, 2013

KARMA



Assalamualaikum...

Hye semua! Maaf harini agak lewat buat entry baru kerana kegigihan bermain di gymnasium atas tujuannya satu iaitu mahu sihat dan cantik! hehe , support saya tak? Jadi df boleh, takkan nak kurus tak boleh, ye dokk??hehe :)

Okay, harini tajuk entry saya KARMA. Why karma? Okay, actually dalam hidup kita sentiasa ada karma. Sama ada karma baik atau pun karma yang tak baik. Orang cakap bila kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita. Bila kita buat jahat dengan orang, orang akan buat jahat dengan kita. Betul ke? Yess betul tapi di One Community Worldwide-Belia Sedar tak semua benda baik yang kita buat akan di balas baik, kerana manusia itu mudah lupa diri. Bak kata Tun Dr. Mahathir 'Melayu Mudah Lupa'

Sebenarnya karma ini kalau dalam konteks lain lebih dikenali sebagai balasan tuhan. Allah tu Maha Adil, mereka yang melakukan banyak kesalahan sebenarnya lambat laun akan ditimpa balasan. Sebenarnya lebih bagus , kerana ianya memperingatkan diri kita sendiri. Kadang-kadang karma tulah yang membuatkan kita berubah menjadi orang yang lebih baik. Dalam hidup kita, jika kita takut dengan balasan Allah, hendaklah kita berbuat baik dengan manusia. Manusia tak perfect , thats why kena terima setiap manusia itu seadanya. Tapi ada juga karma baik berlaku dengan diri kita. As long as kita ikhlas , ganjaran yang baik itu pasti Allah beri pada kita.

Kadang-kadang aku pelik, ramai orang yang mudah lupa dengan jasa tok gurunya bila dia rasa dirinya hebat dari orang lain, sedangkan kehebatan mereka itu dibentuk oleh tok gurunya. Tapi di One Community Worldwide ini aku belajar tentang Have a BIG HEART. Kadang-kadang tak semua orang appreciate dengan apa yang kita hulurkan bantuan. Ada yang lagi dasyat mengeji tok gurunya dan menjaja fitnah di sana dan di sini tanpa sedar bahawa hidupnya hari-hari dibelenggu dosa. Namun ajaran sifuu saya df nasreeq "hidup biar ikhlas, tak semua orang akan appreciate kita dan paling penting kita dah sedaya upaya tolong dia, kalau dia tak nak berubah bukan salah kita tak bantu dia tapi salah diri dia sendiri yang tak hargai peluang depan mata , yang penting kita doakan yang terbaik untuk dirinya" Thanks sifuu, alhamdulillah aku dikurniakan community and cikgu-cikgu yang baik-baik disini. Appreciate sangat!

Jadi oleh sebab itu, jika taknak benda tak baik berlaku pada diri anda, sila berbuat baik pada orang. Maybe karma tu tak kena you, tapi mungkin karma tu kena pada keturunan you. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Jangan menjadi agen penyebar fitnah. You boleh tipu orang lain tapi you takkan boleh menipu Allah dan diri you sendiri .

p/s : to agen penyebar fitnah, Allah bayar cash je sekarang. Semoga dibuka pintu hati untuk bertaubat. Aminn :)


Sukahati :)

Wednesday, June 5, 2013

Jangan Menyerah :)


Assalamualaikom...

Apa khabar semua? Diharap anda semua sihat harini . Walaupun cuaca berubah-ubah , kadang-kadang menganggu kesihatan, tapi hidup ni jangan selalu menyerah . Yeahh itu lah tajuk kita harini JANGAN MENYERAH. 

Kenapa aku ingin menghighlightkan tajuk ni kerana pada zaman yang serba moden ini ramai manusia suka berserah dengan apa yang terjadi dalam hidup mereka. Pelik tapi benar. Ada yang sudah redha dengan keadaan hidup mereka. Kalau kita bercakap pasal kesihatan, ramai jugak orang yang menyerah diri menunggu mati walhal kita boleh berusaha untuk mencari penyembuhnya. Kenapa benda ini terjadi khususnya pada rakyat Malaysia? Kerana didikan ibu dan bapa sejak dari kecil dah diterapkan 'hidup biasa-biasa sudah la' atau 'kita tak mampu, dia mampu, jangan nak ikut orang' . Disebabkan mindset yang dah diterapkan dari kecil la menyebabkan ramai orang suka berserah dengan takdir yang ada. Setahu aku takdir boleh diubah melalui doa dan usaha.

Jangan menyerah jugak kita boleh tengok dari segi perjuangan. Ramai orang dekat luar cepat menyerah bila mana ada dugaan dan cabaran. Tahukah anda dugaan itu memang khas untuk anda. Hanya anda sahaja yang boleh tempuh dugaan sebegitu rupa. Allah tidak begitu kejam menguji hambanya dengan dugaan yang tak mampu ditempuh. Kenapa perlu menyerah dengan begitu cepat? Sedangkan kita tak tahu apa yang akan jadi di hadapan. Ingatlah, sebelum kita menyerah, berapa banyak langkah yang kita dah lalui. SABAR dan teruskan langkah.

Di One Community Worldwide-Belia Sedar, kami di sini diajar untuk tidak cepat mengalah dan menyerah. Dugaan macam mana pun, kita kena teruskan langkah kita kerana perjalanan masih jauh. Dan di sini juga kita ada kawan-kawan yang support kita untuk terus bangun dan teruskan perjalanan. Takde orang kat luar yang mampu bangun dari dugaan seorang diri, itulah untungnya di community kami ini. Kadang-kadang punca kami bertahan adalah sikap tidak putus asa orang sekeliling terhadap diri kita, betul tak?Tepuk dada tanya selera. I love to be here! So do you?? Jadi kepada mereka yang masih lagi ragu-ragu, jangan berprasangka sebelum anda masuk ke sangkar itu. Gotcha :)

p/s : Hidup umpama sebatang pokok , memerlukan akar, daun, buah untuk menjadikan pokok itu lebih cantik dari pokok biasa. Renung-renungkan dan selamat beramal :)
Sukahati :)

Tuesday, June 4, 2013

Appreciate



Assalamualaikom :)

Harini aku nak bercakap pasal APPRECIATE YOURSELF . Yess, maybe ada ramai orang yang tidak menghargai diri sendiri dan juga maybe ada yang menghargai diri sendiri. Terpulang kepada setiap individu, tetapi di sini aku akan bercakap more kepada KENAPA kita kena APPRECIATE diri kita sendiri. Sekali lagi disebabkan WHY? Kalau kita tak appreciate diri kita siapa nak appreciate? Dulu aku seorang yang melebih2 kan orang lain berbanding diri sendiri. Tak pernah nak appreciate diri sendiri sampai biarkan orang pijak kepala. Dulu aku selalu rasa rendah diri dengan diri sendiri , rasa macam takde pape, rasa macam kita paling teruk. 

Tapi kan, sejak aku involve dengan One Community Worldwide - Belia Sedar ni, banyak perubahan yang aku dapat terutama berkaitan dengan appreciate diri sendiri. Aku di ajar supaya mencintai diri sendiri. Aku di ajar supaya merewardkan diri sendiri. Aku di ajar supaya bersyukur dengan apa yang Allah beri pada diri sendiri. Aku diajar untuk love yourself. So thats why kan, kadang2 sesuatu environment sesuatu tempat tu yang mendorong kita kepada perubahan yang maksima. Aku percaya setiap orang yang involve dengan kami mesti ada perubahan dalam diri sendiri. Tipulah kalau cakap takde perubahan. Sebab tu kadang2 heran dan pelik bila orang tak berubah bila involve dengan kami. Tapi apa2 pun kita tak boleh puaskan hati semua pihak, yang penting kita dah buat yang terbaik. 

Berbalik kepada topik, KENAPA kita kena appreciate diri sendiri:

  • Belajar besyukur dengan nikmat dan rezeki Allah bagi
  • Tidak berlaku kes bunuh diri dan sebagainya
  • Tidak muncul pesakit2 psiko , maybe jugak psiko secara senyap :p
  • Supaya menjaga maruah kita sebaik2nya
  • Hidup dalam keadaan lebih positive
  • Kerana dirimu begitu beharga


Once you appreciate yourself, you love yourself and you be yourself, orang lain akan 'feel' apa yang anda cuba sampaikan. So pesanan saya kepada sesiapa yang membaca , just be yourself better than fake to be others :)

p/s : I love original okay! :)









Sukahati :)

Monday, June 3, 2013

WHY? KENAPA ?




Assalamualaikum

Mungkin harini ramai yang nak tahu kisah hidup aku sekarang , maybe ada yang taknak tahu tapi baca jugak entry ni , dan ada mungkin yang senyap-senyap stalk entry ni , tapi nevermind, i know uols nak tau kan. Apa yang boleh dikonklusikan tentang hidup aku sekarang adalah PRECIOUS . Why???

1- Aku ada cikgu yang mengajar aku erti kehidupan , sedangkan orang kat luar sana terpaksa bercikgukan diri sendiri untuk menjalani kehidupan . Apa yang aku pernah dengar sebelum ni, kita nak belajar tafsir al-quran kena ada tok gurunya , kalau tak nanti sesat. Sama jugak dalam kehidupan kita, kita nak belajar menjalani kehidupan, mesti ada cikgunya , supaya masa depan kita boleh dikawal supaya tak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Tapi cikgu kita tu mestilah cikgu yang betul-betul membimbing kita ke arah yang baik.

2- Aku ada sekelompok kumpulan di bawah naungan One Community Worldwide Belia Sedar , yang mana kumpulan ini antara kumpulan yang terbaik pernah aku involve. Susah senang bersama , ketawa bersama , menangis pun bersama. Kumpulan ini antara kumpulan anak muda yang berwawasan dan mempunyai vision and mission hidup mereka sendiri. Bayangkan semuda 20 tahun pun sudah berfikir tentang masa depan, bagaimana dengan anda yang lebih berusia dari mereka ini tapi masih tak bukak minda untuk masa depan anda. Ada yang mungkin kat luar sana cakap ' bersyukur dengan apa yang ada' . Yess memang betul kita wajib bersyukur tapi tak salah kalau kita nak dapat lebih dari apa yang ada. Ataupun ada yang kata 'tak payah nak duniawi sangat', simple je aku nak tanya HIDUP KAU SEKARANG KAT DUNIA KE KAT ALAM BUNIAN? memang betul kita tak boleh kejar duniawi tapi tak semestinya kita lupa ukhrawi.

3- Aku ada satu platform yang bukan nak cakap kat luar takde tapi platform sini berbeza dengan platform-platform yang ada kat luar sana. Di mana platform sini yang membina karier aku sendiri tanpa perlu bekerja makan gaji. Alhamdulillah rezeki Allah aku dah hampir 3 tahun di sini. Tak pernah kerja, memang betul-betul survive dalam platform ni. Dan platform di sini jugak semakin berkembang revolusinya. Walaupun ramai yang tak mempercayai platform disini boleh membina karier untuk masa depan , i dont care . The more you anti , the aura will be spread! hehe . Itulah dia One Community Worldwide :)

4- Aku ada satu kumpulan yang mempercayai diri aku dan aku juga percaya mereka. Main person tu adalah iyma , farys, zuhri, rizal dan yang lain-lain. Mereka ni meletakkan kepercayaan mereka pada platform sini, mereka meletakkan maruah mereka , masa depan mereka disini. Mereka tak kisah apa orang cakap pasal aku , mereka tetap percaya kat aku. And for you guyz my dear , I will makesure you guyz will be super shining superstarz at here! Trust yourself, Trust your instinct, follow your bliss . Dont ever care people sound call soooo negative out there . Because they have nothing but you guyz have a glorious wonderful journey and future! :)

p/s : For haters/loosers/quitters , thanks because topup 'pahala' for me , very precious thanks for you guyz! Gotcha :)
Sukahati :)

Sunday, June 2, 2013

E-life , this is my precious life and gift :)



Holla! Assalamualaikum :)
Siapa gambar kat atas tu ? Yess they are my precious gift . Mereka ni dah bersama aku dalam One Community Worldwide- Belia Sedar dah hampir dua tahun . Dah kenal luar dalam , dah tau macam mana perangai , tapi kesian , mereka ni ditinggalkan seseorang yang kononnya berjanji manismu nak bersama-sama berjaya tapi akhirnya janji dicapati! Tapi its okay , I will teach them to be a superstarz! Jom kita tengok fakta tentang beberapa perkara :

1- Mereka ni bukan kawan baik aku walhal bukan orang yang aku kenal pun , tapi kenapa mereka memilih mengikut aku?
2- Kalau betul la aku salah , why kawan baik "vampire cat" ni memilih aku dari kawan baiknya sendiri?
3- Kenapa lelaki bernama farys ni kononnya WI dengan si kucing hitam ni ikot aku jugak?

Okay, katakanlah mereka ni tidak boleh berfikir , jom kita tengok background mereka :

Iyma : Degree Graphic Design UiTM (student cemerlang uols) , Pengawas Sekolah , Budak pandai zaman sekolah , Family background memang ada good education
Farys : Bekas pemain sukma dalam bidang boling padang , pernah dihanta ke Jepun untuk pertandingan baseball , pemain hoki, pekerja cemerlang service advisor dimana dia menjadi topsale yang menaikkan reputasi produa balakong , ayahnya sendiri merupakan coach kepada beberapa atlit malaysia :)

Kalau kita nak tengok dari segi background mereka , takkan la begitu 'cerdik' tak tau menilai mana satu intan , mana satu kaca :)

Renung2 kan dan selamat bermuhasabah diri ok :)

p/s : I will makesure this two person will succeed than you 'vampire cat' , we will see ;)
Sukahati :)

Sunday, April 14, 2013

FITNAH :)

Assalamualaikum Salam Satu Malaysia :) Fitnah , yess thats the word. Fitnah ni akan berlaku bila mana ada seseorang yang jeles dengan kehidupan anda. Cube lihat pada tokoh2 terkenal , juga pada artis2 terkenal , mereka berjaya kerana fitnah manusia yang jeles terhadap kejayaan mereka. Saya tak kisah andaikata diluar sana memfitnah , memaki , menghina atau mencerca apa yang sedang saya dan family kedua saya lakukan . Kerana segala fitnah, cacian dan hinaan itu akan ditukarkan kepada bentuk pahala yang akan dipindahkan kepada saya dan rakan2 :) .Sebelum nak menunding jari pada orang lain , check back yourself :) . Pertama anda memfitnah , kedua anda menghina ciptaan Allah, ketiga anda menggunakan bahasa2 kesat , keempat anda mengumpat , kelima anda menjaja cerita tentang orang lain , keenam anda mengaibkan orang lain , ketujuh anda menutup pintu periuk nasi orang , kelapan anda rasa anda tidak berdosa walhal diri anda penuh bergelumang dengan dosa2 lampau , dah taubat?hehe , kesembilan anda mempercayai fitnah yang anda hanya dengar dari sebelah pihak sahaja :) Apa2 pun padang masyar menanti kita . Semoga mereka ini dibukakan pintu hati oleh Allah untuk kembali ke pangkal jalan . Lets see the truth :)
Sukahati :)