Friday, June 28, 2013

Super Seven

Assalamualaikom semua :)

Sudah lama tak post new entry! Busy anda tak sempat tapi alhamdulillah harini dapat jugak post! Salam jumaat yang penuh barakah untuk semua.

Kenapa dengan angka 7? Sebenarnya nak cerita something yang terjadi beberapa hari lepas. Beberapa hari lepas aku ada kerja di oustation iaitu di Pahang, apa yang menariknya di Pahang ni , aku dengan rakanku besama-sama acapkali terserempak dengan nombor plat kereta 7777. Lebih kurang tiga kali kami jumpa no plat 7777 dengan kereta yang berbeza.

Dan kemudian, bila pulang ke rumah, naik tingkat rumah aku, tingkat 13 , masa nak hampir sampai ke tingkat 13, tiba-tiba no 7 pada lift menyala. Dan pada ketika itu aku macam terdetik, kenapa banyak kali jumpa no 7 ni?? Macam ada sesuatu yang cuba ditunjukkan je. Wallahualam.

Esok harinya pula, ada seorang rakanku memiliki duit RM10 yang no siri dia 9777776. 7 lagi???Kenapa dengan nombor 7 ni?? Bulan depan bulan 7 jugak. Hanya Allah je tau kenapa dengan no 7 ni. Takpe, kita tengok apa yang berlaku nanti.


Istimewa angka 7 menurut Islam

Dari sudut Agama Islam, Alfatihah, penghulu segala surah terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah. Surah Alfatihah merupakan surah wajib yang menjadi bacaan rukun dalam solat. Tak sah solat kalau tak baca fatihah. Rukun Solat yang ke 7 pula ialah Sujud. Untuk Sujud menjadi sah, 7 dari anggota badan mesti turut mencecah bumi ketika Sujud. Anggota tersebut ialah Muka termasuk Dahi & Hidung, Dua Perut Tapak Tangan, Dua Lutut dan Perut Ibu Jari bagi kedua kaki. Solat diperintahkan untuk dilaksanakan apabila kanak2 mencapai umur 7 tahun. Ada 7 takbir dalam rakaat pertama Sembahyang Raya. Dalam AlQuraan ada 7 Surah yang Panjang selebihnya adalah sederhana dan pendek. Ayat Qiamat dalam AlQuraan disebut 77 kali bagitu juga dengan kalimat Jahanam disebut 77 kali. Ada 7 jenis air yang boleh digunakan untuk mengambil air sembahyang seperti Air Hujan, Air Telaga, Air Sungai, Air Laut, Air Matair, Air Embun dan Air Salji yang cair. Pengerjaan Ibadat Haji seperti Saei, Melontar di Jamrah, Tawaf semuanya dilakukan ber 7 kali. Ada 7 jenis Syurga dan 7 jenis Neraka.


Istimewa angka 7 menurut tafsiran Dunia

Dalam kehidupan seharian pula kita sering mendengar keistimewaan angka 7. Ada 7 hari dalam seminggu. Ada 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi. Ada 7 benua dan 7 lautan didunia ini. Ada 7 warna dalam warna2 Pelangi. Antarabangsa mengiktiraf penggunaan ungkapan 7 keajaiban Dunia atau "7 wonders of the world". Computer menggunakan angka 7 seperti Window 7. (Kenapa tak digunakan Window 3, 5, 1 atau lain2 angka- Wallahualam). Perisik Pintar dalam filem Inggeris mengunakan ajen 007.  Disudut perubatan tradisional juga mengiktiraf angka 7 seperti Mandi 7 jenis bunga, 7 jenis air perigi, 7 jenis air kolah,  Sumpahan Sial 7 keturunan.

petikan dari blog yang aku search pasal keistimewaan no 7.


Tak kisah apa pun yang berlaku, yang berlaku mesti ada reason! Apa-apa pun mari kita lakukan yang terbaik hari demi hari, waktu demi waktu! Come on guyz! Make Things Happen :)

p/s : aku memang suka nombor 5 dan 7!
Sukahati :)

2 comments:

Nadzmi suhaimi said...

1 botol minuman keras bila dituang ke dalam gelas, akan dapat 7 gelas

Syai'Ezal Ryzal said...

7 bnda ajaib 7 lapisan bumi 7 petala langit 7 hari seminggu 7 hari seminggu 7 tahun k3marau panjang dlm mimpi nabi musa (if im not mistaken nabi musa) 7 tangkai gandum juga dlam mimpi nabi musa... 7 lauatan syurga 7 lapisan neraka 7 lapisan syurga setiap bilangan di syurga dan neraka semua ada angka 7... 7 baris helaian titian siratulmustakim... ajaibnya tujuh